Apakah Nama Bunga Ini



aku dah mula berbunga setelah agak setahun aku membela. Kali ni mungkin dia meraikan kepulangan aku. Aku pertama kali terserempak dengan pokok ni semasa aku ke rumah kakak aku di Ipoh. Nak saja aku berhenti kereta minta pada nyonya ni. Tapi tak sampai hati. Then suatu ketika masa aku ke Sungai Buluh, aku ternampak ada orang jual pokok ni, aku pun belilah dengan harga RM50. Puas aku tawar tapi tak dapat di kurangkan. Sekarang pokok ni dah merimbun di atas pegola aku pada entrance rumah. Kalau ia berbunga penuh mesti menarik sekali. Malangnya aku tak tahu apakah nama bunga ini. Sapa yang tau tolong beritahu apakah nama bunga ini ye...

Comments

Popular posts from this blog