Lepas makan kenduri di rumah pengantin lelaki hari tu, aku ajak mak aku, my sister, mak chak and mak lang ke Padang Besar. Sebab dah dekat sangat kalau tak pergi pun rugi. lagi pun lama dah tak pergi. Dalam fikiran tak ada tujuan tertentu nak beli belah. Cuma nak ronda ronda. Di hujung gerai sana ada menjual berbagai orkid. Belek punya belek aku ternampak pokok semi creeper ni. Aku pun beli dua pasu RM30. Aku tanya penjual tu nama pokok ni. Dia pun tak tahu tapi dia kata berasal dari Vietnam. Hmmmm...entah lah labu.... Nampak gaya pokok poko yang tak bernama ni kenalah aku beri nama sendiri. nanti aku senaraikan pokok poko yang tak bernama ni kepada nama yang lebih unik.
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments