Bila Nak Renovate Rumah??




Balik baru ni memang sentiasa sibuk. Time dah dekat nak balik ke sana pun tetap sibuk. Urusan aku untuk keluar wang KWSP untuk bayar rumah baru dah selesai. Insyaallah hujung bulan ni dapatlah duit tu. Dah manage macam mana pun tetap sibuk. Lepas tu kena bayar pada bank. Setelah selesai baru boleh renovate rumah. Kalau nak buat sekarang tak boleh takut nanti kena saman sebab di dakwa ceroboh rumah.
.
Trip lalu aku dah suruh member aku arkitek tolong sketchkan untuk aku design yang aku hendak. Tetiba baru ni dia kata tak sempat sebab kerja bertambun di ofis. Oklah nak buat macam mana. Tapi aku rasa elok aku jadikan symmetry aje dengan design rumah sekarang. Lagi senang dan mudah. Interior phase lain pulak buat. Aku dah panggil Eko untuk buat rumah aku. Actual price belum tahu tapi dulu dia yang buatkan. Aku puas hati dengan kerja dia. Walau bagaimana pun aku nak kena sketch juga few design untuk dia supaya tak conflik nanti and dia faham apa yang aku hendak. If not kita cakap lain, lain yang jadi. Aku pula bukan ada di sini.
.
Cerita bab renovate rumah ni memang kena cerewet. Sebab rumah kita yang nak duduk. Pasal budget aku dah ada. Tak adalah banyak sangat pun. Cuma ubah here and there and pecah here and there. Nampak gaya garden aku akan jadi kecil sedikit. Tapi yang aku dok fikirkan kat mana aku nak letak kolam teratai tu???

Comments

azli said…
Salam tuan,
kami ada menyediakan khidmat design,perunding dan submission plan ke pihak majlis (MBSA, MPSJ, MBPJ, MPK, DBKL, MPAJ, MPSepang ) jika tuan ingin mengunakan khidmat kami boleh hubungi saya utk berbincang

Jika tuan ingin maklumat lanjut sila ke pautan ini http://www.facebook.com/pages/Khidmat-Lukis-Pelan-dan-Lesen-Perniagaan-PBT/226470037399188 atau terus berurusan dgn saya.

Untuk rujukan tuan ini antara anggaran sebutharga kami:-

GROUND FLOOR RENOVATION FOR PLAN SUBMISSION SERVICE
RM 1.5 - 1.8K (drawing plan, architect plan & endorsement, kelulusan majlis)

2 STOREY RENOVATION FOR PLAN SUBMISSION SERVICE
RM 2.3 - 2.8K (drawing plan, architect plan & endorsement, engineer structure plan & endorsement, kelulusan majlis)

semua harga diatas adalah anggaran dan tidak termasuk permit fee dari pihak authority.

Berkenaan harga pembinaan (construction) perlu tuan sertakan maklumat lanjut atau kita boleh berjumpa utk berbincang

kami juga menyediakan khidmat rundingan, design dan submission utk bina baru bangunan (bungalow, rumah, hotel, pejabat dan kilang)

Segala kerjasama dari tuan kami ucapkan ribuan terima kasih dgn harapan kita dapat berkerjasama insyaAllah.

Sekian.

AZLI

A&I Consultpro Sdn Bhd
BP-1-19 Block Suria B
Jalan TBP 2 Off Jalan Batu 3 Lama
Taman Bukit Pelangi
47610 Subang Jaya
Selangor
012-2243667 / 012-2282866
Abu Ikhlas said…
Thanks for the advice. I call you if required

Popular posts from this blog