BoBo And Romario - Part II


Mereka sudah makin membesar. Kalau dicongak dan di kira kira rasanya usia mereka sudah lebih tiga bulan. Masa berlalu begitu pantas. Masa aku balik cuti baru baru ini mereka telah di jaga oleh Pokku. Pokku jaga macam anak sendiri. Sayang punya pasal habis badan di cakar sebab selalu dok melawak dengan Pokku. Kalau pakai kain pelikat siap masuk dalam kain....hehehe. Jadi kalau nak sembahyang memang mereka suka tarik kain. Jadi mahu tak mahu kenalah pakai seluar selalu. Itulah cerıta Pokku masa aku dok di Malaysia semasa chat yahoo dengan dia.
.
Bila aku sampai saja di kem dari cuti, aku terus kebilik Pokku sebab kunci bilik aku tinggalkan pada dia. Bila BoBo dan Roma nengok aje aku terus lari sebab takut dan tak kenal. Hhmmmm....... Mungkin sebab dah lama aku tinggalkan mereka dan terlalu attached dengan Pokku. Aku biarkan mereka tinggal terus dengan Pokku dulu sebab pada masa tu aku masih tak berapa sihat sebab demam selsema dan keletihan. Aku rasa kesian pula untuk psakan mereka dari Pokku.
.
Finally last Sunday aku pun ambil mereka berdua tinggal dengan aku semula. Pastinya mereka perlu di kurung dahulu untuk biasakan balik dengan bilik aku. Selang beberapa jam bilik aku dah jadi tunggang langgang. Semua barang aku berterabur berselerak di sana sini dek sifat nakal mereka berdua. Itulah sebab orang kata 'Curiousity kills the cat'. Habis buku buku aku yang terletak di atas meja di tariknya. Kabel kabel yang bergantungan di tariknya. So aku terpaksa kemas balik bilik aku from time to time. Walau pun penat aku enjoy sebab ada juga teman untuk bersembang dan berleter.
.
Romario dan Bobo mempunyai dua watak yang berbeza. Bobo ni intovert skit and Romario ni extrovert sikit. Rasanya BoBo ni adalah abang. Tapi mata BoBo ni lain sikit. Warna matanya hanya boleh didapati di sini sahaja iaitu biru kehijauan. Kalau aku nak bandingkan mata dia kalau sesiapa tak boleh bayangkan adalah seakan akan mata galak Aishwarya Rai. Mata Romario pula hazel dan kehijauan dan bukan warna copper seperti kebiasaan. Kalau aku nak bandingkan kalau sesiapa kurang arif adalah seperti warna mata Sushmita Sen. Begıtulah ibaratnye.
.
Tapi satu hari nanti pastinya mereka akan tinggalkan aku apabila mereka dah 'heat'. Pastinya mereka akan refuse untuk tinggal di bilik lagi. Samalah macam Kaka. Tapi sudah beberapa hari aku tak lihat Kaka. Samaada dia sedang asyik bercinta dengan kucing kucing betina di kem sebelah atau samobdy tak berhati perut tangkap dan buangkan dia jauh dari kem aku. Aku harap kejadian ini tak akan berulang pada BoBo dan Romario.

Comments

Mohamad said…
hai pandai posing yg 1st pic tu handsome lak tu.. tak nak bawa balik ke tak kan nak tinggal kat sana bila kau dah curah semua kasih sayang. Jgn tinggal kan dia cam kau tinggalkan hurairah dulu... Tak boleh upa aku..
Abu Ikhlas said…
Mat,
Silap silap depa yang tinggalkan aku. hang tau la kucing jantan. Bila dah 'heat' mana nak dok umah lagi....tapi depa lah intan payung gunung ledang pengarang jantung aku di sini

Popular posts from this blog