Petronas Intergrated Sports Carnival, Kiyanly
.
Semalam 28th June adalah hari terakhir sports carnival yang di adakan selama tiga bulan. Lamanya lebih dari sukan Olimpik. Lega rasanya dah selesai dan semalam lepas saja upacara penyampaian hadiah aku terus tidur dan sedar sedar dah pukul lapan petang. Cuaca agak panas pada sebelah pagi dan redup sedikit pada waktu petang.

Agak pukul 7.00 pagi aku keluar untuk bergambar dan terserempak dengan Malik. Aku ajak dia ambil gambar dan suruh dia jadi model di sebelah banner tu. Kalau nak sewa Malik untuk jadi model pakaian kanak kanak ok lah.


Bob orang kuat di kem kit sibuk memberi topi pada setiap peserta mengikut warna rumah masiang masing. Aku dapat satu warna biru. Semalam selepas menang bermain table tennis topi aku dah tak ada. Mana aku letak entah lah. Bob pun main table tennis untuk mixed double. Tapi dia teruk di kerjakan oleh pasukan rumah kuning.
Berbaris untuk merasmikan upacara sukan oleh encik Halim dari Petronas Ashgabat. Mereka pun datang ke sini sebagai tetamu terhormat dan untuk upacara perlawanan volley ball dan tarik tali. Malangnya volleyball mereka kalah dengan tuan rumah. Teruk di belasah.

Permainan pool di adakan pada sebelah petang. Pada mulanya rumah biru ketinggalan dan memang tak ada harapan nak menang. Tapi pada bole terakhir tu rumah hijau jolok tereus termasuk dua dua bola putih dan hitam. Nasib malang lah tu....
Perlawanan table tennis antara rumah merah dan kuning dan di menangi oleh rumah merah. Tapi keseluruhannya di menangi oleh rumah kuning di sebabkan oleh kekalahan Bob dengan teruk sekali iaitu under 5.
Perlawanan tarik tali adalah upacara terakhir. Akhirnya rumah hijau juara juga. kalau nengok saiz badan mereka masyaallah....... Tak apalah untuk pasukan lain nanti you all makan lah banyak banyak untuk naikkan berat badan. Hidup di sini bukan susah untuk naikkan berat badan. Ä°ni dalah satu nasihat khas untuk Ju.
Ini adalah pasukan volleyball rumah biru. mereka kalah kepada rumah hijau. Nak buat cam mana sebab pakar pakar spiker rumah biru tak dapat hadir. kalau tidak sure rumah hijau kena belasah. kira kita cuma turunkan pasukan pilihan kedua saje.
Macam mana main pakai seluar jeans. Itu yang aku tak suka tu. Kalau nak main kenalah pakai pakaian sukan barulah disiplin skit. Barulah ada semangat kesukanan. Mungkin nenek dia pinjam untuk aerobik pagi atau nenek dia dah ambil untuk jual di CBS pada pagi ahad.Ini pasukan volleyball wanita. Ada lima orang sahaja. Walaupun lima orang mereka telah menjadi johan keseluruhan. Tahniah di ucapkan.

Ini dia sebahagian dari penyokong rumah merah dlm perlawanan futsal diantara rumah merah dan rumah kuning.

Pada keseluruhannya rumah Hijau sebagai johan dan rumah biru sebagai naib johan dengan perbezaan mata sebanyak 0.00000001 sahaja. Kira setepat angka tersebut. Rumah kuning di tempat ketiga dan yang tercorot adalah rumah merah yang di ketuai oleh Azam dengan kekalahan kesemuanya. Aku pun turut bersimpati dengan nasib rumah merah. Bob terpaksa memaksakan diri dengan menagis teresak esak sebab kecundang. Tak apalah Bob...anggaplah kekalahan ini sebagai azimat dan asbab untuk menslimkan badan. Tapi tak apa akhirnya si umumkan bahawa semua peserta menang sebab bawa pulang satu medah setiap org dengan warna yang sama. kira oklah tu.

Sekiranya anda mendapati laporan sukan ini tidak seimbang seperti dacing Barisan Nasional sila tinggalkan komen anda untuk saya menjawap segala kekeliruan.

Comments

Anonymous said…
eh, volleyball kita seri, tak kena pukul teruk. first set you menang and second set kita orang menang.

tarik tali menarik kan? the first one we won but you had ladies in the team so tak apalah. but the second session we drew kan?

but thank you for the hospitality.
Abu Ikhlas said…
hehehehe....saje je nak sensasikan berita ni....sebab tu letak statement terakhir tu. Bila lagi nak mai sini....

Popular posts from this blog