
Wan Dapat Offer MRSM Semalam semasa aku dok sibuk menonton Prison Break season 4, tetiba anak sulung aku Ubai buzz aku. And the message was ' Wan dapat offer MRSM Alor Gajah'. Petang tadi aku check tak ada apa apa pun. Anyway tahniah aku ucapkan. Nampaknya aku tak dapat menghantarWan kesana sebab aku masih di sini. Jadi, wife aku terpaksa bertungkus lumus untuk menhandar dia ke sana pada hari pendaftaran 10hb Feb ni. . Tadi pagi aku call wife bincang barang yang patut di beli dan lain lain keperluan. Rupanya ramai lagi kawan nya yang mendapat tawaran. Tapi semuanya pergi ke MRSM yang berbeza. Aku rasa terkilan juga sebab tak berupaya untuk menghantar dia ke sana. Ä°nsyaalah apabila balik ke Malaysia hujung bulan February nanti aku past akan menziarahi dia. . Ucapan dan pesanan Ba pada Wan, jadilah anak yang baik dan bertanggungjawap yang dapat memberi manafaat pada semua makluk Allah.