My Water Lily Is Blooming.....
.
Masa aku balik ke Malaysia, setibanya di rumah, aku melihat bunga telipok ni berkembang mekar. Aku gembira sangat seperti meraikan kepulangan aku. Bunga telipok merah ni aku beli satu pasu dan aku minta pada seorang hamba allah ni semasa aku on the way balik kampung ke rumah mertua aku. Aku nampak bunga telipuk tu mekar merah dan memang menggoda pandangan aku. Apa lagi, aku berhentikan kereta dan terus kerumah tuan empunya dan minta tanpa perasaan malu. Bila dia izin saja aku terus capai di gigi air. Mujur aku tak termasuk dalam parit tu sebab tergelincir. malu juga, tapi aku buat selamba aje. Anak anak aku memang dah kenal sangat dgn perangai aku ni. For sure depa ketawakan aku dalam kereta. Tak apa......
.
Akuada koleksi warna ungu, pink dan merah. Dulu yang pink tu selalu berbunga. Sekarang sebab yang merah lebih dominant so yang pink dan ungu seakan terencat. Yang dalam tiga pasu lagi tak keluar bunga sebab tak cukup pancaran matahari. Kadang aku rasa nak aje aku tebang pkok jiran aku yang tak terurus tu yang penuh dengan daun. Hhhmmm...sabo aje lah....
Jadi dua hari lepas ada lagi sekumtum bunga telipuk mekar berseri. Nampak macam nak meraikan kepulangan aku pulak. Bila aku lihat kat pasu, terlalu banyak anak pokok telipok yang mendiami kolam sekangkang kera ni. So pertumbuhan terbantut. Jadi aku cabut anak anaknya dan semaikan pada dalam besin yang sederhana besar yang aku baru beli semoga mereka dapat membiak dengan baik.
Comments