My Driver
Itulah driver aku bernama Byram yang bergambar dengan Abang Haji. Ok, pasal Abang Haji aku tu tak leh nak tanya soalan banyak sangat nanti dia pressure. Bila dia pressure habis telinga dan hidung dia merah. Mujurlah tak meletup macam pressure cooker. Tapi Abang Haji ni baik. Kalau aku ada adik pompuan boleh offer untuk jadi isteri no dua dia. Hehehehe.
Sebenarnya bukan nak cerita pasai Abg Haji tapi nak cerita pasai driver aku. Abang Haji nanti kita cerita kemudian. Ada dua driver yang aku suka ambil bila nak ke site atau Bazar. Iaitu Byram and Vagif. Oleh kerana aku kurang mahir bahasa Russian dan mereka tak mahir bahasa English so kadang communication kami break down. Adakala guna sign language aje. Sekali sekala aku bantai aje bahasa russian yang kelam kabut. Kadang dah belajar perkataan tu tapi esok lupa pulak. Poket dictionary russian pun beli tapi macam tak de masa nak buka dan mentelaah. Kadang tu walau kami tak faham apa yang kami cakap sesama sendiri tapi conscience and firasat maksud tu boleh juga teka teki. janji maksud tercapai.
Baru baru ni bos kata nak employ guru untuk ajar Russian. kalau macam tu barulah boleh improve skit. Jadi lain kali kalau pengunjung blog aku tak faham tulisan aku lagi maksudnya aku dah menulis dalam Russian. Bila entah lah....... hehehe.

Comments