Sessi Sekolah Bermula
.
Semalam 5hb Januari 2009, sekolah mula buka. Seramai tujuh orang anak aku telah mula ke sekolah. Empat di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang di tadika. Nampak gaya lambat lagi masa untuk aku berehat. Bila sekolah bermula aku rasa akulah orang yang paling sibuk dan juga ibu bapa yang lain. Aku ingat lagi dulu aku terpaksa naik tangga turun tanga untuk beratur bayar yuran dan sebagainya. Letih bukan main. Nak harap anak anak semua masih kecil pada masa itu. Sekarang aku rasa dah kurang skit sebab yang dah besar boleh uruskan diri mereka sendiri.
.
Kali ini aku cuma uruskan Ikhlas sahaja untuk ke darjah satu. Beritahu dimana kantin, kelasnya dan kedai buku. Mujurlah kakaknya ada untuk membantu. Jadi aku tak lah runsung sangat. Lagi pun Ikhlas ni ok pandai jaga diri dan very independent. Tahun ini yuran seklah pula di tunda selepas bulan tiga. Apa kejutan yang akan muncul entahlah. Pihak sekolah kata semuanya akan di beritahu selepas mesyuarat PIBG. Aku rasa semua sekolah seluruh negara macam ni. Atau pun tunggu dulu hari mengundi di Kuala Terengganu. Nak politik juga ke pasai yuran sekolah niii...? Kalau yuran sekolah tak terpikir dek akal aku tak terkejut. Tapi bagus juga lah sebab tak lah semput sangat parents nak keluarkan duit sekali gus. Kalau tidak mahu nak muntah darah. Yuran anak aku tiga orang untuk sekolah tadika dan dua di sekolah agama swasta pun dah dekat RM1000. Bulan ni kira memang preh habis. Tu belum lagi masuk belanja sekolah seperti pakaian dan alat tulis yang lain. Ok jom kita nengok apa yang terjadi kat sekolah.
Pagi pagi lagi murid murid sudah berbaris. Yang baru masuk sekolah darjah satu berbaris di depan dan yang dah senior kena baris kat belakang. Sekolah ini ada sessi pagi dan petang sebab dah terlalu ramai murid murid.

Ini golongan murid darjah satu. Beratur menurut kelas masing masing seperti yang tercatit di kerusi. Aku sampai aje terus suruh Ikhlas berbaris. Ada yang menangis tapi tak lah ramai sebab zaman sekarang bebudak dah biasa dengan sekolah. Dah tak takut lagi.

Ini guru besar baru lelaki. Sebelum tu perempuan. Aku nengok, kalau tak silap, di negara aku dah kekurangan guru lelaki. Sekolah ni cuma ada 12 orang guru lelaki kalau nak di bandingkan dengan guru perempuan yang berpuluh puluh. Apa dah jadi ni....orang lelaki dah tak minat jadi guru ke? Aku kalau boleh pun nak juga jadi guru. Sampai mati pun depa akan panggil cikgu. Mungkin disebabkan kekurangan guru lelaki menyebabkan golongan murid lelaki kurang cerdik dari murid perempuan. Kalau periksa utama di istiharkan mesti murid perempuan mendapat markah yang lebih cemerlang. Tidak seperti di zaman aku.
Omboi...sedondon nu macam nak makan kenduri. Mungkin inilah trend sekarang. Rasanya tudung pun baru juga nak match kan dengan baju seragam tu.

OK Ikhlas...be a good boy and belajar rajin rajin tau.

Comments

Popular posts from this blog