Anak Aku NurHadi Dah Masuk Tingkatan Satu
.
Pejam celik pejam celik dah tingkatan satu anak aku ni. Anak aku ni yang paling comel dan qute. Wife aku nak beli seluar pun tak ada proper size jadi terpaksalah potong sendiri. Aku nak beli kasut canggih skit pun tak boleh sebab tak ada size.
.
Pada 2hb January 2009 aku bersama Hadi pergi register ke sekolah Biru depan rumah tu. Pihak sekolah kata salah satu ibu bapa wajib hadir. Since aku masih bercuti maka akulah yang selesaikan semua urusan sekolah mereka dan aku suruh wife aku rehat kat rumah aje. Nanti bila aku outstation balik aku akan pas baton pada dia pula. Sejak balik ke sini aku rasa macam tak rehat aje. Banyak benda yang perlu di uruskan terutamanya bila penggal sekolah dah buka. Badan rasa nak demam demam pun ada. Sekali sekala hampir selsema. Jadi, untuk kesempatan ni aku pun ambil lah gambar apa patut masa sessi ucapan oleh pihak sekolah. Jom kita nengok apa yang terjadi....

Pagi pagi lagi sebelum ke sekolah aku suruh Hadi bergaya sekejap untuk di masukkan dalam blog. Maklumlah hari pertama sekolah. Jadi dengan penggal baru sekolah, Hadi kena tanam azam baru dan sebagai azimat baru juga. Lupakan saja dahulu pencapaian UPSR yang lalu dan jadikan dia sebagai pengajaran. Semua orang pasti berjaya kalau menanam sifat sifat berdisiplin dan rajin.
Hanis, ZUl dan rakan rakan pengawas yang lain pun sibuk menngangkat bangku untuk para hadirin. Bukan nya sedikit yang hadir, tetapi ramai tau. Masa tu hujan pun turun renyai renyai habis seluar mereka di palit selut. Kesian....Tak apa jangan risau pasti ada ganjaran selepas ni. Tapi aku dengar korang kena pecat dari jadi pengawas pada tahun ini betul ke?? Apa apa pun uncle ucapkan tahniah atas kejayaan korang pada PMR baru baru ini.

Guru Besar sibuk memberi taklimat dan ucapan kepada ibubapa. Lepas itu guru guru lain pun memberi ucapan tentang disiplin dan peraturan sekolah. Perihal koko dan korikulum pun tak di lupakan. Baguslah atas usaha guru guru moga moga semua pelajar akan ambil pengajaran dan jadikan azimat untuk berjaya.
Ada murid murid yang beri tumpuan bila ucapan di beri dan ada juga yang sibuk buka warung kopi. Alah aku dulu pun sama. Bila dah ucapan panjang berjela jela mesti tumpuan dah lari. Anyway selamat maju jaya dan belajarlah bersungguh sungguh untuk ko orang.
Eh korang pandang depan la...sori lah uncle dah terdivert perhatian dan focus korang. Tak apa lepas ni jom kita posing beramai ramai. Harap tidak terlambat untuk uncle ucapkan selamat tahun baru dan selamat maju jaya.

Comments

Popular posts from this blog