My Children

.
Bil ku dah berumah tangga, rasanya aku pun mahukan sebuah keluarga yang besar juga. Tapi zaman aku sudah mula manusia yang tidak suka dengan keluarga yang besar. Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri untuk mempunyai keluarga yang kecil. Mungkin tidak mampu. Mungkin lebih utamakan kerjaya. Mungkin lebih utamakan keselesaan hidup. Tetapi setiap orang mempunyai alasan tersendiri.
.
Bagi aku anak anak adalah amanah yang hebat yg di anugerahkan oleh Allah taala. Tiada siapa pun yang tahu berapa ramai anak yang akan kita miliki sebab ia membabitkan alam roh sekiranya kita percaya kepada perkara perkara yang ghaib. Satu lagi adalah jodoh yang melibatkan ketentuan Allah taala. Sebenarnya bukan kita yang memberi rezeki kepada anak anak tetapi Allah taala dan bukan atas keupayaan kit.
.
Anyway, naluri aku selalu berkata aku ingin mempunyai ramai anak. Eight is enough. Rupa rupanya bisikan hati aku di makbulkan Allah. Sekarang aku sudah mempunyai lapan orang permata yang sangat aku sayang dan kasihi. Aku amat bersyukur atas kurniaan Allah taala.
.
Tanpa aku sedari anak anak aku sudah membesar. Yang sulung sudah tingkatan lima. Kadang aku rasa bagaikan mimpi. Seperti tak percaya. Tapi inilah yang di katakan ketentuan Allah atau Qada dan Qadar.
Comments