Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Popular posts from this blog
A Visit To Sg Buluh . Last week aku ke Sungai Buluh. Niat di hati nak beli pasu besar untuk aku semai pokok kemboja. Akhirnya aku lupakan saja hajat tersebut. Aku cuma beli sepohon anak pokok kedondong sahaja yang belum lagi di tanam. Oleh kerana rumah pun tak siap lagi elok aku releks dulu. Pokok bunga kertas ni pun hampir Rm6o. Mahal bukan main. Tapi memang cantik merendang. Nak cari yang biasa di jual satu beg RM5 pun dah susah dan semuanya semakin meningkat harga. Bunga Antorium ni lebih besar dari tapak tangan aku. bila nengok memang aku rasa luar biasa sikit pokok ni. Saja aku tanya harga rupanya RM 60. mahalnya mak datuk. Nanti murah lah tu. Aku rasa benih ni datang dari Thailand. Inilah pasu pasu yang aku belek belek dan tak jadi nak beli. Harganya sekarang semakin melampau lampau. Aku rasa baik aku tanam di atas tanah saja pun cantik. Tapi dengan Yusuf yang lasak ni aku kena berhati hati bila tanam di tanah. Nanti semuanya boleh jadi tunggang langgang di kerjakan oleh yusuf.
Aku Asyik Berangan Malam Ni Buku creative writing aku yang berjodol Plot & Structure baca pun belum lagi habis. Tapi dah dapat banyak idea and ilham bagaimana nak buat plot. Aku dah ada plot cerita dah. Aku rasa quite interesting. Tapi aku belum lagi pen kan dalam buku. Pertama sekali ku nak beli computer baru and dedicated untuk kerja kerja writing aku ni. Kedua aku nak beli software from White Smoke and next trip aku rasa aku dah ready. First aku akan tulis prologue and the summary for back cover. Those were recommended as the initial writing. Aku rasa aku nak stlye macam Jodi saja sebab aku suka her style. . Secondly James Scott kata kalau nak tulis cerita kena ada feel. Sebaiknya instumental music and slow. So bila idea dah banyak datang boleh pour everything into the paper for the first draft. Just throw everything like you throw into the kitchen sink. . Ok, so aku pun layanlah diri aku ni dengan lagu lagu hindustan yang shahdu shahdu.... alahai macam alam percintaan pulak. B...
Comments