Perjalanan ke Kuala Trengganu
24th June, 2010
Pagi pagi aku dah bangun siap untuk ke Kuala Trengganu. Hotel Abe dah book. Adah dan Ikhlas sahaja yang ikut. Yang lain teman kan Umi di rumah. Malam semalam semua barang dah di pack dan masukkan dalam kereta. Biasalah...aku yang lebih excited dan kelam kabut dari anak aku. Bukan apa, aku bukan jenis buat kerja last minit. Biar sedia awal dan pastikan semua ready.
.
Tepat pukul 8 pagi kami bertolak dari rumah. Aku memandu sepanjang perjalanan. Sampai di R& R Temerloh aku SMS Abe dan Tengku beritahu aku dah di Temerloh. Ingat nak singgah ke Kemaman, and lunch di sana. Rupanya Tengku terlupa and aku terpaksa teruskan perjalanan ke Dungun. Bila sampai Kerteh, Tengku call semula suruh patah balik ke Kemaman. Aku rasa dah letih nak patah balik. Aku kata on the way back baru singgah.
.
Pukul 1 tengahari ak dah di Dungun. Kami berhasrat terus ke UITM untuk lepak lepak. Anak teruna aku dah terasa kejutan budaya sebab bahasa Ganu memang lain dari yang lain. Aku cool aje sebab dah ramai member member Ganu. Kira dah boleh cakap Ganu dah...hehehehe. Berehat di tepi pantai memang seronok. Tiupan angin yang nyaman boleh membuatkan aku tertido. Setelah puas meronda kami pun terus ke Kuala Trengganu and tiba di sana pada pukul 4.30 petang and sempat berehat sekejap sebelum Abe datang untuk program seterusnya.
Comments