Masjid Terapung


Aku ambil gambar Masjid Terapung ni pada Jumaat lepas semasa nak sembahyang Jumaat. Tapi biar aku cerita sikit pasal kekeliruan Masjid Terapung ni. Semasa aku on the way, Abe pesan, kalau nak kenal rumah dia, lepas trafik light Masjid Terapung, agak 100m ada lorong ke kiri. Masuk lorong tu rumah berkenopi kuning merah itulah rumah Abe. Aku kata ok no hal. Bagus jugak, aku boleh terus hantar 4 pohon kemboja yang aku bawa tu.
.
Bila Abe sebut masjid Terapung, aku memang terimagin masjifd tu tepi laut dan terapung di atas permukaan laut. Abe tak bagi tahu pulak Masjid Zaharah = Masjid Terapung. Aku tarus pandu melintasi masjid tersebut tapi tak nampak nampak masjid terapung. Tetiba terus sampai hotel. jadi dah sah kami tersilap tafsir masjid tersebut. So aku U turn balik and bila sampai ke trafik light mashid Zahara, aku U turn semula. Lepas tu baru aku jumpa rumah Abe. Aku terus suruh anak aku keluarkan pokok kemboja tu dan letak di laman rumah Abe. Lepas tu wife Abe keluar. Rasanya dia pun terperanjat dengan adegan yang tak di sangkakan tu. Hehehehe....... Lepas tu aku sampai kan salam pada Abe and terus ke hotel.
.
Jumaat aku di masjid tersebut dan barulah nampak lagoon yang mengelilingi masjid tersebut and no wonder lah seluruh orang Ganu panggil Masjid Terapung. Lepas aje sembahyang terus lunch di rumah Abe. Kenyang rasanya dapat rasa masakan orang Ganu. Aku dah agak mesti aku makan singgang pada hari ini. Apa apahal aku nak ucapkan terima kasih pada Abe kerana sudi melayag aku walau dalam keadaan sibuk semasa aku di Ganu.

Comments

Popular posts from this blog