Masjid Jamek Sultan Abd Aziz
Dah lama aku tak ziarah Kawasan Melayu, PJ Old Town. Masa aku bujang di sini lah tempat aku menghuni. Kemudian aku masih diam di sini selepas berkeluarga. Seronok tinggal kat sini. Setiap Ahad kami akan buat program di Masjik Jamik Sultan Abdul Aziz. Masa tu masjid besar jugak tapi extension tak proper. Baru baru ni aku kembali ke sini tapi aku terperanjat betul lihat masjid yang usang dah bertukar wajah. Dah menjadi 3 tingkat, siap dengan pusat dialisis, dewan serbaguna dan macam macam lagi. Tapi warga tua yang aku kenal dulu ramai sudah tiada lagi. Tempat ini telah meninggalkan seribu macam nosalgia buat diri aku.
Comments
Apa khabar lah mereka berdua. Lama dah tak ke sana. Pakcik sate dok tang mana pulak?
rumah paling depan dengan main road,lorong sama rumah makcik yang dah tua sangat, selalu saya balik keje mesti tegur dia, hehehe, rasanya dah takde dah kot makcik tu.