
Majlis Baca Yasın . Selalunya setiap malam jumaat ada majlis baca yasin dan doa selamat. Sama sama doakan yang tersayang di tanah air khasnya dan seluruh umat Nabi S.A.W. amnya akan mendapat taufik dan hidayah serta kebekatan dalam hidup. Tapi baca yasin saja lah tak ada pulut kuning atau nasi minyak. Tekong tetap adalah Tuan Hajı Molvi Maulana Daud Supari. Kalau dia balik Malaysia nampaknya tak adalah majlis ini. Jadi rasanya kena adalah pelapis seterusnya. Sebab itu lah Haji kita ni dah tak balik dekat tujuh bulan sebab tak ada orang nak ganti buat doa selamat. Aku pun turut bersimpati. Hebat pengorbanan Haji kita ni. mungkin dia dah dapat sifat malaikat yang tak bernafsu lagi. . Dua harı lepas tetiba ada lagi majlis baca yasın. Rupanya si Azam(dıa lagi.....) mınta doakan nenek dıa yg akan menjalani operatıon dalam masa terdekat. Bertuah nenek dıa dapat cucu yang penyayang macam Azam nı.....memanglah dia intan payung....gunung ledang ....nenek dia.... Jadi kami ramai ramai bacalah ya...