Leaving On The Jet Plane
.
Flight aku pukul 6.00 petang. Selepas selesai sembahyang Jumaaat aku pun bergegas siapkan diri. Aku pakai kemeja kegemaran aku yang aku beli di Vienna dan seluar Levi’s. Sweater aku dah sedia dalam beg computer dan jaket hitam aku dah tersedia di atas meja.
.
Wan tak nak ikut sebab banyak kerja sekolah. Hadi pun sama. So aku Cuma beri ciuman sayang pada mereka sebelum berangkat. Yang ikut aku cuma my wife and Yusuff, Ubai, Adah, Ikhlas dan Shamim. Tepat pukul 3.00 petang kami pun bertolak. Apabila tiba pekan Rawang baru aku teringat my camera bateri charger terlupa nak ambil. Camera inilah sahabat setia aku waktu bermusafir. Kalau tidak rasa tak seronok untuk blogging. Jadi terpaksa patah balik. So dah terlambat 30 minit. Jadi aku terpaksa ikut toll Bukit Beruntung untuk cepatkan perjalanan aku. I still can manage it tapi tak cukuplah masa nak berlepak ke business class lounge.
.
Sampai di KLIA. Aku bagi ciuman untuk semua anak anak aku terutama wife aku yang sangat setia. Aku peluk Yusuff erat erat sebab dialah pengarang jantung pada masa ini. Berat rasa hati untuk lepaskan pada wife aku kembali.
.
Aku terus ke check in counter setelah selesai rupanya flight delay 1 jam iaitu masa berlepas pada pukul 7.00 petang. Hhhhmmmmm…inilah kali kedua dalam masa dua bulan flight MAS delay lagi…….tak apalah nak buat macam mana. Last month nak ke Istanbul pun delay sampai 2jam lebih.
.
Flight MAS780 to Bangkok ambil masa cuma 2 jam. Tepat pukul 8.00 local time kami pun sampai. Aku terus ke surau untuk solat maghrib dan isyak. Niat jamak dan qasar aku dah pasang siap2 dlm hati. Masuk surau cuma ada beberapa orang sahaja. Surau luas dan selesa sangat walau tak luxury cam mana pun. Aku chek waktu isyak dah lama masuk dan aku terus ambil wuduk dan sembahyang. Oleh kerana masa memang terlalu lama untuk ke Asghabat, iaitu pukul 5.00 pagi aku terus saja beriktikaf di surau. Kali ini memang mata susah nak lelap sebab terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. To my family, I will miss you very much and I want to tell you that you all are always in my heart.

Comments

Popular posts from this blog