A Visit To Ahmet's House
.
Ahmet orang local sini. Dia kerja apa aku tak pasti di sini tapi dialah yang jaga makan dan minum waktu supper. Selalu dia bekalkan roti yang di buat oleh isterinya. Bila aku ke surau Ahmet mesti ada dan kalau dia awal, dia lah yang azan. Baik, akhlak mulia dan beriman. Aku respect sungguh dengah kecekalan dia walau pun hidup dialam suasana sebegini. memang aku tabik dan hormat pada Ahmet. Kadang aku jadi malu sebab akhlak aku mungkin tak semurni dirinya.
.
Suatu hari aku ajak Haji dan Azam ( macam three stooges plak) untuk pegi rumah Ahmet. Setelah semuanya set aku pun bagitau Ahmet and set an appointment. Aku pun risau jugak sebab dengsan gaji dia yang alah kadar nanti terpaksa beralas perut untuk menjamu kami makan. Pada hal kami hanya mahu ziarah biasa sahaja. So kita set hari Sabtu lepas zohor untuk kerumahnya.
.
Mula kami ke bazar sebab Hj nak beli kasut. Maklum sekarang dah semangat nak bersukan dan Azam pulak sibuk nak beli jaket. Aku rasa dia ni pantang nengok jaket mesti nak beli. Rasa dia dah addicted dengan jaket. Tak palah. Aku selalu kata kat depa apa yang kamu makan dan pakai itulah hak kamu dan juta juta dlm bank Allah punya. Lagi pun elaun satu hari dah boleh cover. Aku tak beli apa pun cuma beli coklat dan biskut untuk anak anak Ahmet.
.
Bila kami masuk kawasan flat dekat simpang tu Ahmet dah menunggu. Kebetulan pada masa itu ada ramai orang sebab ada jenazah kematian. Rumah ahmet di tingkat tiga. Aku cuba imagin bagaimana rumah dia. Bagaimana kehidupan dia dan macam macam yang bersarang di kepala. Ahmet terus membimbing kami kerumahnya. Setelah seketika kami di izinkan masuk. Rupanya rumahnya sangat simple. Aku terkedu sebentar. Ada toilet, bilik air, stor dan ruang tamu. Tiada bilik. Bila masuk, isterinya sedang siapkan makanan di dapur yang di lindung dgn tirai. Jaga aurat aku rasa. Kemudian anak anak kecil keluar menjenguk kami yang hidung penyet penyet ni. Tapi Azam kata hidung dia tinggi sebab dia ada darah mamak kapal karam...heheheh...azam ko jgn marah no. Kalau wife ko baca blog aku harap dia senyum sokmo.
Comments
cerita sikit ape yg di jamu dek ahmet tu, pickles buat kelubi ke tu?
hidangan utama tu ape? yg di hias dlm salad garden tu..
Alahaı, sını mana ada buah kelubı...ıtu buah zaıtun la...kelat kelat masam gıtu sebab dah dı jeruk....dlm salad garden tu adalah ıkan yang dıkukus.....darı caspean sea...ıkan apa entah tapı rasa macam ıkan sıakap aje...org sını makan dıa tak complıcated cam orang mesıa.....