Posts

Showing posts from September, 2008
Image
Marilah Sama Sama Beramal Jariah Sepanjang aku tinggal di Turkmenistan aku kadang menjadi bingung dan terharu. Bukan sebab aku rindukan famili atau sebab kerja. Tapi aku bingung betul dengan status masyarakat Islam di sana. Kalau yang sembahyang boleh di bilang dengan jari. Apatah lagi orang yang puasa. Kalau aku ke Bazar rata rata mereka tak berpuasa tanpa segan silu. Amalan puasa seperti sesuatu yang janggal. Kalau yang dapat dirikan sembahyang kira dah cukup baiklah walaupun sembahyang mereka nampak tak sempurna. Semoga Allah terima amalan mereka dalam serba kekurangan. . So balik ni aku berazam untuk hadiah kan beberapa helai telekong pada wanita wanita di sana. Aku pun nak juga orang lain dapat sama invest saham akhirat ni jadi aku pun sms lah pada member member aku kalau kalau mereka pun nak bersedeha jariah. Jom kita baca apa sms yang di hantar dan yang menghantar. . So aku pun tulislah sms berikut pada member member aku dan kita lihat apa balasan mereka. Jom kita baca..... . ...
Image
My New Glasses Kalau di hitung koleksi spec aku sejak aku pakai dari form two rasanya sudah hampir mencecah 30 pasang. Bila ada niat nak tukar spec baru aje mesti ada aje bencana yang menimpa secara kebetulan. Pernah aku ambil spec baru dari kedai, sambil melawak dengan mak aku tetiba aku terduduk di atas spec tu. Frust sungguh dan masa tu mak aku ketawa berdekah dekah kat aku sebab dok kacau dia sangat. Sejak peristiwa tu dan peristiwa yang lain aku selalunya akan ada dua pasang cermin mata. Satu untuk di pakai macam biasa dan satu lagi untuk spare. Sekarang umur dah makin meningkat maka terpaksa ada satu lagi untuk reading masa dok depan computer. Tapi kadang pakai dan kadang tak pakai. . Sun glasses pula 5 years ago aku beli Killer Loop tapi hilang. Agak sporty skit. Aku memang susah nak jaga barang. Lepas tu aku beli pula Esprit tapi dah agak rosak sebab aku letak terlampau lama dalam kereta so dah faded. Jadi aku gunakan dia untuk pergi site aje. Nak beli sun glasses bukan mudah...
Image
Harijadi Ikhlas Yang ke 6, 27th October 2008 Semalam wife aku beli kek untuk harijadi Ikhlas hari ini. So lepas buka puasa dan solat maghrib kami sama sama makan kek tu. Ikhlas macam biasa lah sentiasa ceria dan bertenanga. Tahun ni dia masih tak mampu untuk berlatih berpuasa. Tahun depan dah nak masuk darjah satu. Di sini Ba nak ambil kesempatan untuk ucapkan selamat harijadi dan panjang umur hendaknya. Lepas ni semoga Lash rajin belajar dan mengaji. Harapan Umi, abang abang dan kakak serta adik pun sama dengan apa yang Ba doakan.
Image
Shopping At Sogo, Kuala Lumpur Semalam aku jak anak anak aku Ubai, Safwan, Balqis, Hadi dan Shamim untuk shopping kat KL for hari raya and lepas tu untuk berbuka puasa di Pizza Hut. Immediately after friday prayer kami terus ke KL. Sebelum tu singgah sebentar ke Empire Tower untuk hantar tart nenas yang dia pesan tu. Wife aku tahun ni memang dah pencen tapi sebab kesian kat Liza wife aku pun buat juga lah. Kami sampai di Maju Junction untuk parking lebih kurang pukul 4 suku. Jalan mmg jam dan hujan sana sini tapi tak lebat. . Mula mula singgah ke Reject shop di Pertama Complex untuk beli baju raya Shahadah dan Shamim. Lepas selesai aku terus ke Sogo. Ingat kan tak ramai orang tapi ramai juga orang. Aku kata kat Safwan pegi beli sendirilah seluar tu. Aku kasi duit then aku cakap please come back to me after dah beli seluar. Sementara tu aku dok sibuk belek kasut untuk Balqis. Aku kata ambil lah dua kasut. Satu untuk raya dan satu sandel untuk ke sekolah. Tapi nak deal dengan anak dara...
Image
Kasut Raya Untuk Safwan Semalam balik bebuka dari KL singgah ke Al-Ihsan di Rawang untuk beli kasut raya Safwan dan Hadi. Dah puas tanya rupanya kasut untuk hadi tak ada. Paling kecil pun saiz 7. Aku kata kat Hadi, kena makan banyak untuk cepat besar. Hadi nampak kecil dengan muka baby face dia tu kalau orang nengok ingat dia tu baru darjah 3. Ikut sapa entah la. Kalau ikut aku mahu jadi besar macam gajah. Tak apalah Hadi esok kita cari lain tapi kasut biasa udah lah. Kalau beli mahak kejap aje pakai dah tak muat. Tahun depan dah nak masuk tingkatan satu. So aku pun tanya Safwan nak yang mana. Macam biasa lah anak anak aku ni, semua nak aku yang pilih. Aku rasa depa tau sangat dengat cerewet aku dlm membeli barang sebab tu depa nak aku sendiri yang pilihkan. Sebenarnya aku dah malas nak angkat pot lagi dah dalam membeli barang keperluan depa ni sebab aku dah letih sangat. Tapi tak juga dapat lari dari tugas tu. Finally aku beli kasut seperti di ataslah dengan harga RM189. Seperti yan...
Image
Make Over My children Room Sebenarnya dah lama nak tukar almari lama bilik anak bujang aku tu. Depa kata almari yang ada dah buruk dan tak menarik so depa nak almari baru. So aku janji kalau nak almari baru yang lebih personalise kenalah sedekahkan almari lama. Sebenarnya almari tu bukan nya buruk tapi model lama yang aku beli masa mula mula hidup berkeluarga selepas pulang dari UK. Nak buang sayang sebab masih elok. Pendek kata penuh nostalgia lah almari tu. . So aku beritahu kat anak anak teruna bujang aku tu kalau nak almari baru tolong catkan bilik warna putih. Sebab bila aku balik cuma beli almari aje nak beli dan susun dan cat dah siap. Bila aku balik nengok anak teruna aku cat mashaallah bersepai sana sini. Geram jugak aku d buatnya. Tak creatif langsung...selekeh sana sini. Sempat juga aku berleter la kat depa tu. Aku memang pantang kalau nengok orang buat kerja tak senonoh...tak ikhlas langsung. . Hari Selasa lepas aku ajak anak anak teruna aku ke IKEA untuk beli perabut baru...
Image
Ramadhan in Ashgabat Aku tiba Ashgabat dari site pada tengahari 18th September. Aku sorang aje. Patut dengan Pak Amir tapi dia ada hal so aku lone ranger la. Ahhh...tak kisah. Aku dia biasa sorang sorang and lagi best. My own way. Kira kira pukul 6.30 aku dah berkira di mana nak berbuka. Seperti biasa tempat yang aku arif dan mudah nak naik teksi adalah ke Yimpas. Lagi pun aku bukannya cerewet sangat pasal makan ni. Apa lagi aku tahan teksi terus ke Yimpas. For a time being sebelum berbuka tu aku dok jamu mata dekat indoor shops tu. Biasalah dah nak balik nak beli lah sedikit buah tangan untuk family. . Dah siap semua window shopping baru aku naik ke atas untuk ke food court. Ingat nak makan biasa aje. Rupa rupanya ada buffet di sediakan. HHmmmm...sementara aku dok pikiaq2 dan membelek makanan yang di sajikan then aku decided untuk makan buffet aje. Charge dia pun tak lah mahal sangat' cuma 175,ooo Manat lebih kurang 11USD aje. Nampak macam sedap tapi bila rasa biasa sahaja. Nak b...
Image
Gambar Fazili Kahwin . Walaupun hang dah berbulan nikah tapi aku harap tak terlambat untuk etak dalam blog aku ni. Maaf ye tak dapat bertandang sebab masih lagi kat obersee masa tu. İngat nak kirim hadiah pun tak sempat. Apa apa pun aku doakan agar hang berbahagia dan berkekalan sampai ke akhir hayat. Alam rumahtngga ada berbagai godaan dan hadapilah ia dengan sabar dan iman. Petua petu yang aku bagi tu amalkan lah ok. Insyaallah ada keberkatan dan manafaat nye. Tanpa berlengah lengah lagi jom kita belek gambar gambar perkahwinan tersebut. Amboi nampak yang tawaduk aje pak imam nak angkat nikah. Bape kali ko lafaz Fazili. Orang kata kalau lafaz nikah tak menjadi maknanya orang letk tempurung jantan kat bawah tangga. Betoi ke idak aku pun tak tahu. Orang dulu dulu memang banyak pantang larangnya. Aaa....selamat dah kome menjadi suami isteri yang sah. Dok baik baik tau jangan gaduh gaduh. Ikut sunah nabi insyaalah selamat. Kecuali 'gaduh gaduh' yang di benrkan tak apa la.....hehe...
Image
Design Dulu Dulu . Dulu masa aku kecik kecik aku ingat lagi, mak aku banyak pakai barang macam ni dari Vhina. Tapi sekarang ni dah tak nampak atau ada, tapi tak banyak di pasaran. Di sini banyak barangan from China terutamanya pakaian dan barang barang rumah seperti perkakas dapur. Nak kata murah tak juga. Jom kita nengok apa yang ada. Dua home leave yang lepas aku bawa balik teko macam ni. Tapi kali ni tak kot. Mungkin bila habis projek nanti aku bawa balik. Aku suka letak di atas rk di dapur aku. nampak macam coountry look skit. Beriuk beso ni aku tanya mahal jugak. dalam seratus ringgit. Aku suka nengok gambar itik terbang tu. Kalau aku beli mesti aku jadikan periuk ni untuk masak nasi beriani atau nasi pilau. Aku rasa best sangat bila kacau bunyi dia tung tang tung tang....... Masa tu aroma tumis dan bunyian tu menaikkan selera. Tambahan pula dalam bualan puasa ni. Ni design biasa aje. Harga pun lebih kurang. Masa aku dok sibuk ambil gambar semua orang dok nengok aku sambil ters...
Image
Look At Me: Lia İnilah wajah yang toya ni sebelum bos aku mandikan aku. Aku malas betoi nak mandi. Bila bos capai aku, aku cuba meronta ronta nak lari sebab sejuk. Setiap dua minggu selalunya bos aku mandikan. Tapi kali in dah cukup seminggu bos aku dah nak mandikan aku. Bos aku kata sebab nak balik ke Mesia. So dia kena siapkan aku awal sebelum hantar aku ke daddy. Mujurlah bos aku sediakan air panas. Lepas tu terus di rendamna aku dalam besen. Kecut perut aku tak terkira. Boss aku tak tau ke kami ni mmg takut air macam kambing...ish...ish.....tak faham ke. Lepas tu bos aku tabur sampoo seluruh badan dan di gosok sana sini. Aku cuba juga tepis tapi di pegang kuat. Buakan apa...aku rasa teramat geli di gosok di segala celah. Hampeh betoi..... Lepas sudah selesai di ambil gambar pula. Aku tau la tak lain tak bukan mesti nak masuk dalam blog dia tu. Yang aku menggigil kesejukan dia tak tau. Lepas tu tiba masa grooming. Bos aku capai pengring rambut dan keringkan aku serata badan sambi...
Image
Gunalah Keberkatan Bulan Ramadhan Untuk Berhenti Merokok Bulan puasa adalah bulan yang mulia yang mana segala syaitan dan iblis telah di rantai. Orang alim beritahu mengapa di dalam bulan Ramadhan masih ramai yang engkar perintah allah? Sebabnya adalah amalan yang di pengaruhi oleh syaitan telah lama sebati dan melekat di dalam diri sehingga setiap amalan telah di pengaruhi oleh nafsu sendiri. Hidup hanya sementar dan mati adalah penamat riwayat. Jadi dalam saki baki hidup ini adalah manafaat untuk bekalkan segala kelengkapan untuk mengadap raja segala raja. Raja yang memiliki dan mentakbir dunia ini dan alam maya. . Sayang seribu kali sayang kalau sembahyang sudah sempurna, berpuasa sudah sempurna, zakat yang wajip tak pernah tertinggal dan haji telah di tunaikan tetapi diri masih ketagih dengan rokok. Susah kah untuk berhenti merokok? Tepuk dada tanya lah iman. Pernah kawan aku berithu rakusnya yahudi menghentam dan menzalimi orng İslam. Aku berkata setiap wang yang digunakan orang ...
Image
Mari Berbuka Bulan puasa ni ada saja yang nak makan. Kalah orang mengidam diumpamakan. Kalau nak dapat makan macam di negara sendiri jangan harap lah. Kalau di Malaysia macam macam ada cuma siap duit aje bagi orng yang malas masak. Bersepah sepah bazar ramadhan di adakan. Dalam bulan puasa semuanya nampak menarik untuk berbuka tapi rasanya belum tentu lagi. Kalau aku pula aku akan make sure makanan yang di beli tidak mengandungi kelapa parut seperti cucur badak, ketayap, cencaru sumpat nyok. Sebab belum tentu kelapanya adalah kelapa yang ori sebab kebanyakannya santan sudah di perah dan yang tinggl cuma hampas kelapa. memang hampeh peniaga macam ni. . Semalam lepas sembahyang jumaat ku ke bazar untuk beli barang barang untuk berbuka puasa. Di sini tak adalah seperti bazar Ramadhan dan kedatngan Ramadhan pun tak di rai melebihi hari hari yang lain. Pendek kata tak ada bezanya dengan bulan bulan yang lain. Ramai orang yang tak berpuasa dari yang berpuasa. Itu yang masalah nya. Makan at...
Image
Merindui Hujan Semalam tanpa di sangka sangka hujan turun dengan lebatnya. Langit begitu gelap sekali. Normally kalau awan mendung dan gelap hujan renyai sahaja yang turun. Taburan hujan di sini amatlah sedikit sebab kawasan sini adalah kering. Apabila hujan turun dengan lebat aku terasa begitu lega dan gembira. Sebenarnya aku amat merindui hujan. Aku merindui hujan yang lebat dan bagi aku hujan mentafsirkan kedamaian. Dan aku enjoy melakukan kerja di waktu hujan . . Tengahari tu aku pulang kebilik. Bila lihat awan aku tak sangka hujan akan turun. Bulan puasa aku ambil kesempatan untuk rehat sebentar di dalam bilik. Sementara menunggu waktu zohor lebih kurang jam 1.20 hujan turun dengan lebat sekali. Aku rasakan hujan bagikan menari nari di atas bumbung dan alunan bunyi tarian amat mengasyikan. Aku merindui gemersik irama hujan yang lebat ini. . Dua minggu lepas apabila aku talipon ibu dan isteri aku di kampung mereka beritahu bahawa hujan turun dengan lebat sekali. Terus aku terasa n...
Image
Salam Perantauan Aidil Fitri Aku nak lapurkan berita ini seawal mungkin tapi sebab internet kat bilik problem aku terpaksa tangguhkan untuk menulis hari ini. Sebenarnya gambar di atas telah di ambil pada dua hari yang lepas. Zamri lah yang arrange kan untuk aturcara gambar bergambar ni. Dia email pada semua warga Malaysia untuk sessi bergambar sebab nak hantar pada media Malaysia untuk siarkan dalam ruang ' Salam Aidil Fitri dari Perantau'. Kalau nak tau mana satu Zamri tu lihat lah dalam gambar row no2 paling kiri. So kalau ada naka anak dara mana yang berkenan dan ada hati nak berkenalan dengan zamri boleh lah hantarkan komen anda di sini dan saya akan jadi orang perantaraan. Kat sini orang tak panggil dia Zamri tapi panggil Jack....tapi kalau dua kali pandang saling tak tumpah bagaikan 'Zombie'...hhehehehe...hang jangan marah no...kalau hang marah bertambah henseng. . Tapi yang aku kesian dan khalat adalah pada nasib si Bob. Elok orang dah selesai barulah dia sampai...
Image
Nostalgia.... Nostalgia.... Hari ini satu hari aku tak kelur bilik. Lepak depan computer lepas tu lepak ats katil dan terus tidur. Tahu sajalah bulan puasa memang terjadi malas nak buat apa apa. Sekali sekala aku chat dengan member member yang ada di merata dunia. Masa chat dengan my friend yang tinggal satu kawasan kat Rawang yang berkerja di Libya, tetiba dia kata kawan kawan dia sedang asyik dok dengar lagu raya. Jadi, baru aku teringat yang aku pun ada juga lagu lagu raya dalam koleksi aku tu. Tambah lagi bila mendengar lagu P. Ramlee, Dendang Perantau. Pughhhhhhh....terus ingt kampung, mak aku yang tinggal sorang diri kat kampung and famili aku. So aku pun gather semua lagu lagu raya and terus bernostalgia seorang diri dalam bilik. . Insyaallah 18th September ni aku balik untuk cuti raya. Bila dah nak balik ni mulalah tak dak mood nak buat apa apa pun. Orang kata badan aje masih ada di sini tapi jiwa raga dah berterbangan dan melayang ke kampung halaman bersama kaum keluarga, is...
Image
We Plan and God Decides Satu hari tetiba aje ku terfikir untuk sms pada Man. Dah lama aku tak dengar berita dari dia and the last meeting was when dia overnight kat rumah aku masa dia ada di KL. he told me then that he will head tu States untuk kursus. So aku sms dia. "Man sihat ke and kat mana sekarang" Dalam beberpa saat aje dia terus jawap sms aku. "Abang, Man dah ada di Canada" aku pun balas kembali sms tu, "Man ada yahoo tak?" Dia terus reply dan bagi yahoo ID kat aku and after few minutes terus kami chat and berbagai ceritalahyang kami bicara. Dari zaman kanak kanak sehinggalah zaman berkeluarga. And aku turut gembira dengan apa yang dia capai sekarang and aku doakan agar dia terus berjaya di dala melayari hidup yang penuh berliku. Man dan aku banyak share pengalaman dan sejarah semasa zaman kanak kanak. Beza umur kami cuma 4 tahun. Selepas sahaja aku selesai SPM pada tahun 1982 aku terus berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur dan ke luar negara....
Image
Apa Dah Jadi Dua hari lepas lepas sahur dan subuh aku cuba tidur. Entah macamana susah betoi nak pejm mata. Aku guling ke kirai dan kanan tak juga mata nak lelap. Aku dah naik boring. Tetiba telipon aku berdering. Nak jawap ke tidak sebab aku dok fighting hard untuk dapatkan tidor aku blik. Ni mesti anak aku si İkhlas atau Shahadah yang talipon tak kira waktu. Finally aku jawap juga. Rupnya wife aku yang talipon. Mesti ada something yg urgent yg dia nak habaq kat aku. Selalunya wife aku jarang talipon sebab aku yg setia menalipon mereka. . "Assalamualaikum, ha ada apa." "Tak ada apa saja aje nak talipon", wife aku bagitau "Mmmmm...ok ingatkan ada something urgent ke apa ke." "Tak ada apa pun tapi nak habaq satu benda." Wife aku balas. " Safwan pitam kot dalam toilet and sink serta toilet bowl habis semua pecah." Wife aku jawap. Nadanya tak lah panik ke apa dan nak ketawa pun ada. Aku jadi rasa pelik dan ajaip macam mana boleh jadi macam...
Image
Keeping Faith - Jodi Picoult Sekarang kalau aku anak ambil gambar yang aku baca, nampakya Lia la yang akan menjadi modelnya. Anyway aku baru abis baca buku ni. Cerita dia ok jugak sampai aku rasa macam termenga mengah nak habiskan buku ni. Maklumlah dah la tulisan kecil kecil dan mukasurat tebal, dekt sebulan aku nak abiskan baca. Jodi Picoult suka cerita tentang conflict kanak kanak seperti yang aku baca dulu. Them di olah dengan court case between two parties or parents to resolve te issue suc as divorce. Sesiapa nak baca aku recommend juga tapi buku ni banyak cerita tentang the believe of te christian and jewish communities. Buat masa ini aku rasa rehat sebentar untuk terus baca buku buku yang masi tersusun rapi in my cabinet. Bulan puasa ni elokla aku banyakkan membaca AlQuran and hopefully by te end of Ramadan aku dapat katam seluru Al Quran, insyaallah.
Image
31st August, Merdeka Day Semalam kami sambut merdeka day dengan bersantai di tepi pandai. Walau tak dapat sambut di Malaysia tapi sambut di pantai Caspean kira happening jugak la. Apa ıtu merdeka???* Adakah kita benar benar merdeka?? Merdeka ni maksudnya bebs dari segala galanya. Negara merdeka adalah megara yang bebas dari segala bentuk rasuah, ketidakadilan, free speech untuk meluahkan perasaan dan sebagainya. Kalau di kaji semua itu kita belum lagi merdeka secara mutlak. Fikiran dan perasaan belum benar benar merdeka. Oklah inilah sedikit mukadimah nanti lah cerita lain. Tapi sekarng aku nak cerita sambutan kemerdekaan kami di laut Caspean. Akhirnya kami warga camp telah bersetuju adakan riadah di pantai Caspean untuk sambut kemerdekaan. So kami dah bagi tahu chef yang kami nak buat BBQ kat pantai untuk dinner. Waktu summer maghrib pukul 8.00 mlm jadi kami berpakat untuk bertolak ke pantai pada pukul 6.00 ptg setelah selesai solat asar. Pantai bukan nya jauh mana pun. Terletak seb...