Merindui Hujan

Semalam tanpa di sangka sangka hujan turun dengan lebatnya. Langit begitu gelap sekali. Normally kalau awan mendung dan gelap hujan renyai sahaja yang turun. Taburan hujan di sini amatlah sedikit sebab kawasan sini adalah kering. Apabila hujan turun dengan lebat aku terasa begitu lega dan gembira. Sebenarnya aku amat merindui hujan. Aku merindui hujan yang lebat dan bagi aku hujan mentafsirkan kedamaian. Dan aku enjoy melakukan kerja di waktu hujan .
.
Tengahari tu aku pulang kebilik. Bila lihat awan aku tak sangka hujan akan turun. Bulan puasa aku ambil kesempatan untuk rehat sebentar di dalam bilik. Sementara menunggu waktu zohor lebih kurang jam 1.20 hujan turun dengan lebat sekali. Aku rasakan hujan bagikan menari nari di atas bumbung dan alunan bunyi tarian amat mengasyikan. Aku merindui gemersik irama hujan yang lebat ini.
.
Dua minggu lepas apabila aku talipon ibu dan isteri aku di kampung mereka beritahu bahawa hujan turun dengan lebat sekali. Terus aku terasa nikmatnya dapat hadir bersama dengan hujan.
.
Menurut cerita orang di sini, Caspean Sea ini terbentuk dari banjir besar yang melanda negara ini atas doa Nabi Noh. Malah sebahagian dari mereka claim that mereka berketurunan Nabi Noh Ada kemungkinan besar dapat di percayai sebab kalau saudara semua datang ke sini jangn terperanjat apabila dapat melihat kulit kerang di merata tempat di darat.

Comments

Popular posts from this blog