Make Over My children Room


Sebenarnya dah lama nak tukar almari lama bilik anak bujang aku tu. Depa kata almari yang ada dah buruk dan tak menarik so depa nak almari baru. So aku janji kalau nak almari baru yang lebih personalise kenalah sedekahkan almari lama. Sebenarnya almari tu bukan nya buruk tapi model lama yang aku beli masa mula mula hidup berkeluarga selepas pulang dari UK. Nak buang sayang sebab masih elok. Pendek kata penuh nostalgia lah almari tu.
.
So aku beritahu kat anak anak teruna bujang aku tu kalau nak almari baru tolong catkan bilik warna putih. Sebab bila aku balik cuma beli almari aje nak beli dan susun dan cat dah siap. Bila aku balik nengok anak teruna aku cat mashaallah bersepai sana sini. Geram jugak aku d buatnya. Tak creatif langsung...selekeh sana sini. Sempat juga aku berleter la kat depa tu. Aku memang pantang kalau nengok orang buat kerja tak senonoh...tak ikhlas langsung.
.
Hari Selasa lepas aku ajak anak anak teruna aku ke IKEA untuk beli perabut baru. Konsepnya adalah serba putih. Nampak lapang dan terang skit. Konsep scandinavian ni nampak simple aje sebab depa memang suka plain colour. They are not like English or French yang lebih suka kepada design floral yang sarat. Lepas discuss dengan anak anak aku dan belek katalog tu aku pun decide untuk beli 3 almari, satu rak buku dan beberapa rak buku dinding' meja tulis dan kerusi belajar. Kadang tu bila dapat benda baru semangat belajar tu leh jadi lain skit.
.
Selepas sekolah aje dan solat zohor terus ke IKEA. Mula mula rasa mcm tak muat kete aku untuk angkut barang barang tersebut. Bila aku talipon untuk transpot dia nak charge dalam RM200. Alahai mahalnya. Elok aje aku cuba punggah manatau boleh muat sebelum aku compom dengan driver tu. Lepas bayar lebih kurang RM1400 semua sekali aku pun suruh anak aku surung barang tu sementara aku pegi amik kereta aku. Heheheh...tenyeh aje kad tu yang senang nak beli kan. After angkat semua seats dan adjust sana sini makan rupanya muat jugalah perabut2 tu di sumbat. So Ubai dgn Hadi kena share kusi kat depan sebab dah tak muat ok...

Comments

Anonymous said…
nisa, ikea tu dah dekat sgt dgn rumah nana dah tu. kalau tahu boleh singgah sekejap kan. selamat hari raya utk nisa sekeluarga.
hati2 memandu nanti.

Popular posts from this blog