31st August, Merdeka Day

Semalam kami sambut merdeka day dengan bersantai di tepi pandai. Walau tak dapat sambut di Malaysia tapi sambut di pantai Caspean kira happening jugak la. Apa ıtu merdeka???* Adakah kita benar benar merdeka?? Merdeka ni maksudnya bebs dari segala galanya. Negara merdeka adalah megara yang bebas dari segala bentuk rasuah, ketidakadilan, free speech untuk meluahkan perasaan dan sebagainya. Kalau di kaji semua itu kita belum lagi merdeka secara mutlak. Fikiran dan perasaan belum benar benar merdeka. Oklah inilah sedikit mukadimah nanti lah cerita lain. Tapi sekarng aku nak cerita sambutan kemerdekaan kami di laut Caspean.

Akhirnya kami warga camp telah bersetuju adakan riadah di pantai Caspean untuk sambut kemerdekaan. So kami dah bagi tahu chef yang kami nak buat BBQ kat pantai untuk dinner. Waktu summer maghrib pukul 8.00 mlm jadi kami berpakat untuk bertolak ke pantai pada pukul 6.00 ptg setelah selesai solat asar. Pantai bukan nya jauh mana pun. Terletak sebelah wharf aje. Tapi sapa sapa nak dive atau terjun bolehlah mandi dekat wharf. Dalam keadaan cuaca panas begini keinginan untuk mandi memang tak tertahan lagi
Pantai tak berapa cantik sebab banyak siliputi oleh shells tapi tak adalah sampah sarap. Orang kata Caspean sea ni adalah saki baki daripada banjir Nabi Noh. Aku pun rasa begitu juga sebab terdapat kulit kerang dan sibuk dgn banyak di sana sini hatta a layer og them bila kita buat excavation. Anyway airnya memang jerneh dan bersih tambahan pula dasar lautnya yang tak berkeladak langsung. Haji Dzul kita org pertama yang tak lepas peluang untuk mandi siap seksi meksi lagi...auwww....auww....
Ada jugak yang tak nak mandi atas sebab apa pun aku tk tau. mungkin mereka tk tahu berenang dan takut air kot. Dalam ramai ramai aku dok mencari Bob dan Salsabri. Dimanakah mereka ya??? Aku tanya Rusdi dimanakah mereka itu. Sambil ketawa Rusdi bilang Bob tak di izin datang sebab takut laut Caspean kering mana kala si Salsabri pulak tak daang takut tertidur dalam air. Oooooo barulah aku faham. Tapi aku ingatkan Rusdi bahawa jangan cakap banyak sangat dalam laut ni takut gigi putih melepk yang baru di tempah tu terjatuh dalam laut. kan haru jadinya.
Macam biasa orang paling kuat bab masak memasak adalah Hamdan. Kembar dia yang tak seiras adalah si Puad. Depa ni memang cerewet bab makan. bagus jugak la sekurang kurang nya kami dapat sama sama menumpang dengan penat lelah depa untuk siapkan ayam dan kambing panggang untuk kami. Aku bab bab masak ni memang dah nak pencen lagi pun aku kurang makan sekarang ni.
Cubalah nengok bebudak ni dok tersadi di pantai. Seronok kalau kita pasang lagu Dipasiran pantai dendangan lagu oleh arwah Sudirman dan Anita Sarawak. Romantik rasanya. Tapi kalau dengan beudak ni nak romantik apa lagi???* Semua dah jadi bapak budak dan bujang terlajak. Cuba lihat depa semua...... itulah wajah wajah yang nak melepaskan stress dan enjoy skit. Lagi pun lusa dah bulan puasa dah tak boleh nak mandi manda macam ni lagi. Bila tiba musim autumn dan winter dah tak ada peluang lagi nak bersantai macam ni. Masa tu ombak pun semakin menghempas dan meninggi. Bahaya tu.....
Itulah pak Zamri yang sedang posing bersama aku. Tu gambar sebelum terjun ke laut. Zamri niat tinggi tu...sekarang dia idamkan nombor 3 tapi belum kesampaian lagi....dalam makna nombor 3 tu.... Dia kata dia ada ilmu ilmu untuk menjadi lelaki waja dan satria..... Sapa nak tau ilmu dia tu elok sangat lah bermunajat kat bilik dia. Rusdi apa lagi pegi la...kan ko pun suka bermain dengan nombor nombor...

Cuba lhat wajah wajah ceria tu... Isteri isteri di sana dan girl friend2 di Malaysia janga risau pada abang abang kalian. mereka semuanya sihat dan ceria. Wow che Puad kita pun tak ketinggalan menonjolkan 'wade' nya. Tak Puad, hari ni ko mandi puas puas dan tak perlu risau nak masak masak lagi.
Aku pun tumpang semangkuk untuk bergambar. kalau korang nak tau laut caspean ni tak la masin sgt seperti laut yang lain. mandi pun badan tak melekit. Cuma pantai di sini tak ada sebatang pohon pon. memang tak ada tempat berteduh langsung.
Wow pak Amir pun nak tunjuk donut juga ya. nanti isteri lihat di marahi lagi...terus gak mahu beli telekong yang saya kirimkan dahulu. Sampainya hati. Pak Amir ni rajin berpuasa setiap İanin dan Khamis. Dulu dia selalu bermain table tennis sama saya tetapi sejak kebelakangan ini dia asyik sakit mulut aja makanya saya mencari patner lain untuk bermain bersama saya.
.
Begitu lah serba sedikit coretan untuk hari merdeka yang paling santai.



Comments

Popular posts from this blog