We Plan and God Decides
Satu hari tetiba aje ku terfikir untuk sms pada Man. Dah lama aku tak dengar berita dari dia and the last meeting was when dia overnight kat rumah aku masa dia ada di KL. he told me then that he will head tu States untuk kursus. So aku sms dia.
"Man sihat ke and kat mana sekarang"
Dalam beberpa saat aje dia terus jawap sms aku.
"Abang, Man dah ada di Canada"
aku pun balas kembali sms tu, "Man ada yahoo tak?"


Dia terus reply dan bagi yahoo ID kat aku and after few minutes terus kami chat and berbagai ceritalahyang kami bicara. Dari zaman kanak kanak sehinggalah zaman berkeluarga. And aku turut gembira dengan apa yang dia capai sekarang and aku doakan agar dia terus berjaya di dala melayari hidup yang penuh berliku.


Man dan aku banyak share pengalaman dan sejarah semasa zaman kanak kanak. Beza umur kami cuma 4 tahun. Selepas sahaja aku selesai SPM pada tahun 1982 aku terus berhijrah dari kampung ke Kuala Lumpur dan ke luar negara. pada masa ıtu aku dah lost track apa ang di lakukannya. Kalau nak jumpa pun pada masa ıtu adalah di hari raya sahaja. Itu pun masing masing sibuk dengan hal sendiri. Lastly aku dengar dia telah join komando dari TokWan dia setelh mendapat keputusan SPM yang tak memberangdangkan. keadaan aku yang berkeluarga menyebabkan aku semakin sibuk dan jarang jarang contact Man lagi.
Man anak yatim. Ibunya meninggal dunia semasa dia masih kecil dan kehidupannya banyak bersama dengan neneknya yang aku panggil Mak Piah dan tokwannya Pak Ad. Mereka menjaga dan membelai dia seperti menatng minyak yang penuh. maklumlah cucu kesayangan. Bapanya seorang anggota polis hutan dan mempunyai keluarga baru, jadi dia lebih selesa untuk bersama nenek dan tokwan nya. Aku ingat lagi apabila tiba bulan puasa tokwannya akan beli berbagai jenis mercun dan bunga api dengan banyaknya. Akulah yang menjadi teman setia melihat bunga api dan mercun tu. Nak buat macam mana sebab aku tak ada duit untuk main semua tu dan aku tak pernah di ajar oleh ayah aku utnuk membeli benda benda tu. Ayah aku kata semua tu membazir. Sekarang pun aku tak pernah beli apa apa bunga api pada anak anak aku sebab aku bilang benda yang sama pada anak anak iaitu membazir.
Mak Piah neneknya memang seorang yang creative. Aku memang tabik dengan kepakaran dia terutama dalam mengubah dan membuat hantaran perkahwinan. Malangnya anak anak tak seorang pun ikut berbakat. Aku ingat lagi yang masa nenek dia sedang menumbuk sambal, man terus pegi kencing dalam lesung batu. Masa tu Man masih kecil lagi. Kalau Man baca, senyum aje lah no...jangan marah terbuka rahsia skit.
Lepas SPM aku buka kelas tuition mengajar mathematik. Pada waktu itu kalau pelajar gagal matematik semasa periksa SRP makan tidak boleh naik ke tingkatan empat. Man salah satu anak murid aku. Jenuh aku dok mengajar bebudak ni sampai termengah mengah aku di buatnya. Harapan dan hasrat mereka adalah untuk lulus aje dlm periksa mog2 boleh naik tingkatan empat. Adalah aku ajar mereka dalam 6 bulan. masa tu murah aje aku charge. Hanya sepuluh ringgit satu kepala.
Masa arwah tokwan dan nenek dia masih hidup, apabila balik kampung selalu aku akan ziarah mereka dan tak ketinggalan aku tanya kan khabar Man. Dari mereka lah aku dapat berita yang dia masuk komando. Pada masa perang Bosnia dia telah kesana untuk berkidmat di bawah UN. Nasib dia sangat bagus dalam masa bekerja dia usaha untuk dapat kan degree dan master dan sehinggalah dia telah berada di Kingston, Canada sekarang.
.
Bila kenng kembali waktu sialam dan zaman kanak kanak aku menjadi rindu dan semakin rindu. Aku miss waktu waktu silam yang sangat berharga. Sekali sekal aku ceritakan kisah hidup aku kepada anak anak aku dan aku kenalkan semua rakan sepermainan semasa kecil kepada nak anak aku.
Untuk Man, jagalah diri baik baik dan sentiasa lah jaga iman dan amal walau di mana Man berada. Abang akan balik raya ni dan abang rasa abang akan ziarah mana termanpu kubur nenek dan tokwan man dan juga bang man semoga mereka berada bersama dengan orang orang yang soleh.


Comments

zura aini said…
kita tak tau apa berlaku di masa depan. ada few friends yang teruk masa sekolah, bila dah bekerja, lebih bagus drp yang dapat spm gred 1. perjalanan hidup masih panjang..........

eee....awat yang kencing dalam lesung batu. ha, ha.....
Abu Ikhlas said…
Zany, mati mati I ingat u lelaki. Bila baca blog u pasai cite high heel baru terperasan yg u ni pompuan....sekolah chetom depan umah ke dulu...hehehehehe

laksa mmg sedap. mu favorit
zura aini said…
pak abu,
tu la pasal bila tegur ajak kuar minum teh tarik saya sonyap jap, sah2 pak abu silap orang, takpe, niat mesti mau baikkan, blogging just tukar fikiran, InsyaAllah tak salah, kat blog saya pun ada gak kaum Adam singgah. Batas agama dijaga.Amin.

Saya SMKJ. Tak main eee che tom, tu skolah pompuan je, tak best, ha, ha....
azie said…
saya pn nak ke oversea jgk..doakan saya ye. suatu hr nanti...

Popular posts from this blog