Kasut Raya Untuk Safwan
Semalam balik bebuka dari KL singgah ke Al-Ihsan di Rawang untuk beli kasut raya Safwan dan Hadi. Dah puas tanya rupanya kasut untuk hadi tak ada. Paling kecil pun saiz 7. Aku kata kat Hadi, kena makan banyak untuk cepat besar. Hadi nampak kecil dengan muka baby face dia tu kalau orang nengok ingat dia tu baru darjah 3. Ikut sapa entah la. Kalau ikut aku mahu jadi besar macam gajah. Tak apalah Hadi esok kita cari lain tapi kasut biasa udah lah. Kalau beli mahak kejap aje pakai dah tak muat. Tahun depan dah nak masuk tingkatan satu. So aku pun tanya Safwan nak yang mana. Macam biasa lah anak anak aku ni, semua nak aku yang pilih. Aku rasa depa tau sangat dengat cerewet aku dlm membeli barang sebab tu depa nak aku sendiri yang pilihkan. Sebenarnya aku dah malas nak angkat pot lagi dah dalam membeli barang keperluan depa ni sebab aku dah letih sangat. Tapi tak juga dapat lari dari tugas tu. Finally aku beli kasut seperti di ataslah dengan harga RM189. Seperti yang lain aku tenyeh aje kad tu...
Comments