Tahniah Untuk Safuan


Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada anak aku Safwan kerana mendapat keputusan cemerlang PMR. Aku dah jangka sebenarnya apabila aku lihat cara dia belajar dan kesungguhan dia. Sebelum tu aku berjanji pada dia ," If you get 8A' on that very day I will get you a laptop". Macam biasa dia diam aje sebab takut tak dapat tunaikan impian aku. memang aku ni very demanding father and sometimes memang aku pressure anak aku belajar untuk masa depan mereka. Kalau nak kata aku pakar motivasi boleh juga. Tapi kadang tu apa yg kita dah motivasikan dah jadi 'Motibasi'. Jadi aku terpaksu ulang ulang. Kadang aku rasa depa pun dah muak dan telinga pun dah tebal untuk dengar celoteh aku tentang pelajaran. Aku tak kisah sebab semua tu untuk diri mereka sendiri. Aku selalu ingatkan anak anak aku yang aku cuma mampu untuk sediakan semua kemudahan untuk belajar walau aku terpaksa merantau untuk mancari duit. Tapi untuk berjaya adalah atas disiplin dan usaha ke atas diri sendiri.

Lepas zohor setelah mengambil result, aku, Uabai, Hadi dan Safwan terus ke Low Yat untuk beli computer. Mula mula bajet skit aje tapi bila dah sampai sana budget pun lari dah. Aku pun pilih brand Toshiba yang lebih canggih and better dari aku punya. Nak beli tak susah sebab tenyeh aje credit card. Lepas tu dia nak MP3, aku belikan satu untuk dia.

Sekarang aku terus berdoa agar dia dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. Lebih selesa untuk dia belajar. Entah lah dia macam tak suka aje nak pergi mungkin tak sanggup nak tinggalkan computer dia. Tapi aku akan terus memujuk untuk dia pergi sahaja ke sekolah berasrama penuh. Semoga Allah makbul doa aku. Aku rasa inilah hadiah istimewa Safwan untuk aku pada tahun baru ini.

Comments

Tahniah di atas kejayaan safwan yg cemerlang tu...
Abu Ikhlas said…
kak nab,

terima kasih atas ucapan itu.

Popular posts from this blog