Kad Ucapan Hari Raya

Aku rasa dah lama aku tak hantar kad raya pada member member. Dulu selalu jugak company kasi kad untuk di hantar kepada client dan pelbagai. Masa tu semua kad aku terima termasuk untuk chrismas, tahun baru cina and infact kad depavali pun ada. Kadang oleh kerana terlampau rajin nak tulis aku distribute saja pada anak anak buah aku di opis. Sekarang rasa dah lama tak berutus kad ucapan terutama untuk hari raya. Bila di rumah pula ada lah dua tiga kad aku terima dan kadang tu sapa pun aku tak kenal and ada satu tu sampai sekarang hantar kad kat aku iaitu kedai cermin mata.
.
Aku kalau nak hantar ucapan hari raya SMS aje. Bukan kah senang. Pada semua member member aku hantar. Lepas tu dapat balasan macam macam sampai tak terhenti bunyi bib handphone aku. Ada pantun, ada hadith dan macam macam lagi. Yang best tu ada yang di forward2 dan lastly dua tiga message yang sama aku dapt. Pengirim yang ori sapa dia pun aku tak tau. Ini zaman sekarang. Tak seperti zaman dulu dulu.
.
Tapi aku rasa zaman dulu dulu dengan menghantar kad ucapan sebagai pengganti diri lebih romantik, touching dan nostalgia. Kad ucapan pengganti diri tersimpul seribu satu makna dan terselit satu kerinduan yang teramat sebagai ingatan abadi. Aku pun kadang terasa mis juga waktu waktu itu. Masa kecil aku sanggup simpan duit untuk menghantar kad kepada rakan yang erat. Apatah lagi semsa diri tinggl jauh di perantauan. Zaman tidak berinternet pada masa itu merasakan walau berjauhan tetapi ingatan tetap di hati dan menjadikan hubungan yang lebih erat dan bermakna. kadang menunggu kunjungan kad atau surat ucaoan seperti pungguk rindukan bulan.

Comments

Popular posts from this blog