Omar The Blackie
Omar sudah berusia 10 hari. Dua hari lepas mata sudah mencelik untuk melihat dunia. Mungkin ramai orang tertanya tanya pada aku mengapa memberi nama Omar. Hehehehe.........susah aku nak jawap sebab bagi aku nama Omar adalah special dan banyak significant nya dan banyak sejarah bagi diri aku tentang nama Omar. Kalau nak tulis dalam blog aku ni pasti panjang berjela. Walau bagaimana pun aku rasa nama Omar tetap sesuai untuk blackie ni. Lagi satu nak dapat kitten yang pure and 100% black memang susah. Dah lama aku mencari. Zaman kuno Mesir dahulu associatekan kucing hitam sebagai omen atau devil. Malah sehingga sekarang masih ada ramai orang yang suspicious dengan the black cat. Bagi aku semua itu adalah dongeng dan metos yang tak ada nilai langsung.
.
Satu hari masa aku keluar dari bilik selepas rehat, aku di tegur oleh cleaner aku. Berkali kali dia ingatkan aku pasal kitten2 tu. Dia nak satu. Aku kata no problem aku boleh bagi. Ye lah kena deal dengan dia sebab kalau aku tak ada dia lah yang akan jaga semua kucing kucing tu. Tapi dia tetap cintakan Omar dan merayu kepada aku untuk dapatkan Omar. Aku kata Omar adalah milik aku dan aku akan beri yang lain ( ada dua lagi sebab dua lagi dah ada member aku booking). Tapi dia masih merayu rayu untuk dapatkan Omar jugak. Aku tetap kat 'nyet'. Mana boleh......
.
Aku nak balik raya bulan depan. Pastinya apabila aku balik semula kesini, kitten2 tu dah boleh berdikari. Yang aku risau adalah takut di kidnap oleh cleaner aku....hhhmmmm...... nampak gaya kenalah aku suruh abang Omar aku jaga.....hehehehe
Comments