Bazar Ramadhan
Kalau tak silap aku lah sambutan Ramadhan dan Hari Raya paling meriah sekali di Malaysia. Mana tak nye.....sebab cuma di Malaysia sahaja ada Bazar Ramadhan. Raya pula di rai selagi bulan Syawal belum berakhir. Di tempat aku kerja ni Ramadhan dia sambut alah kadar sahaja oleh orang orang yang masih ada iman. Ramai orang yang tak berpuasa dan makan di kalayak adalah perkara biasa sebab bilangan orang yang berpuasa boleh di bilang dengan jari. No wonder Hari Raya memang tak ada public holiday. Tapi kalau Raya Korban cuti punya lama sampai empat hari dan sana sini nampak orang di sini berkorban yang mereka juga kata 'sedekah'.
.
Aku tak lah mis sangat Bazar Rmadhan tu sebab aku sendiri jarang membeli lauk pauk dan kueh mueh di bazar tersebut. Setiap bulan Ramadhan normally wife aku yang masak kesemuanya dan aku hanya membantu mana perlu. Kalau air soya biasanya satu periok besar sebab anak anak aku menggemarinya. Dulu mesin soya cuma kecil sahaja tetapi baru baru ni aku beli mesin yang lebih besar lagi yang boleh memproses sehingga 30 kg. Hhehehehehe....macam nak berniaga pulak. Since keluarga aku ramai maka adalah lebih baik buat sahaja daripada membeli. Contoh kalau buat karipap mesti dekat 100 biji. Begitu juga dengan kueh mueh yang lain. Alhamdullillah my wife still manage to handle everthing.
.
Kadang tu memang teringin nak ke Bazar Ramadhan untuk membeli lauk pauk dan kueh mueh. Tapi kita kena berwaspada dengan peniaga yang tak ikhlas yang cuma fikir keuntungan tanpa ada niat untuk memberi kemudahan untuk orang berbuka. Aku pernah beli kueh yang berinti kelapa malangnya intinya adalah hampas kelapa yang sudah tiada rasa lagi. Ada juga lauk lauk terutama ikan cincaru sumbat kelapa yang di masuk cuma hampas kelapa. Kepada perniaga yang tak ikhlas tu ubah lah niat supaya keberkatan bulan Ramadhan dapat di manafaat sebaiknya. Kalau nak beli maknan yang menggunakan kelapa parut eloklah berhati hati.
.
Sekali aku lewat di pasar malam dan mencari sesuatu untuk di bawa pulang. Aku terkejut apabila melihat peniaga yang menjual air minuman menuang beberapa balang air ke dalam parit setelah dia tamat berniaga. Dalam fikiran ku adalah baiknya jikalau dia dapat sedekah kan lebihan air tersebut kepada orang ramai yang lalu lalang di situ. Berniaga adalah suatu sunnah dan punca pendapatan adalah 90% Tapi harus diingat juga bahawa dalam berniaga amalan agama perlu di bawa bersama. Contohnya apabila tiba waktu sembahyang perlu di rehatkan perniagaan untuk menyambut seruan Ilahi. Aku pernah bertanya pada seorang peniaga sewaktu waktu maghrib, adakah dia dapat menjaga solatnya dengan sempurna. Sambil tersipu dia gagal menjawp soalan aku. Aku bukan niat untuk mengaibkan dia tapi sebagai peringatan sebab amalan agama dan iman sahaja yang akan di bawa ke kubur dan bukan wang ringgit dan hanta benda dunia.
.
Orang alim beritahu bahawa, didalam kita melaku kan pekerjaan atau mencari rezeki, tetapi gagal melaksanakan perintah Allah yang wajib maka di kuatiri setiap apa yang kita dapat menjadi haram bagi kita. Mari lah kita sama sama memikirkannya. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramadhan yang lalu dan dapat kita kekalkan amalan di bulan Ramadhan ini pada kehidupan seharian kita sehingga ke nafas yang terakhir.

Comments