Nostalgia Di Bulan Ramadhan
Aku nak cerita sikit waktu menyambut Ramadhan di zaman student dulu. Pada tahun 1985 until 1988 aku raikan bulan puasa pada musim summer. Masa tu puasa punyalah lama. Aku puasa sampai 18 jam. Pukul 9.30 malam tau dekat pukul 10.00 baru berbuka. Memang terasa teramat lama tetapi oleh kerana suasana nyaman so tak adalah letih sangat. Masa tu masak sendiri. Mana ada bazar ramadhan macam Malaysia. Mujurlah aku ni dalam kategori pandai masak so tak adalah masalah sangat. Masa first year dulu selalu berbuka di masjid saja jadi selama sebulan aku gantung periuk. Dekat pukul 12.00 malam baru nak isyak dan tarawih. Kalau nak selesai tarawikh sebanyak 20 rakaat dan menunggu iman habis satu juzuk setiap malam, maka selesai tarawih dekat pukul 1.30 pagi. Bila balik saja kat rumah terus sahur walu perut masih kenyang sebab fajar msuk pukul 2.30 pagi. Masa tu rasanya memang hectik sangt..
.
Ad sekli aku dan member aku, Mohmad ajak Yahaya berbuka puasa dan bermalam di rumah kami. Yahya ni adalah mat salleh yang beru memeluk İslam. Dia di kenalkan kepada kami oleh member aku Saadon. Kami menjemput dia dari tempat yang di janjikan dan terus bawa ke rumah aku di Woolwich, London. Masa tu aku tinggal dengan Mohamad di no 1A, Anglesea road, Woolwich, London. Aku rasa sekarang pun aku masih ingat lagi kalau nak ke sana. Senang aje...ambil train dari Caring Cross ke Woolwich. Keluar station, belok kiri dan jalan terus selama 250m maka sampailah ke rumah kedai tersebut.
.
Yahaya ni nama dia dulu adalah John. Dan nama John kalau di translatekan akan jadi Yahaya. nak cerita bagaimana dia memeluk Islam memang panjang. Bila dia tiba ke rumah kami sap dia bekalkan kami dengan bekalan makanan. Masa tu aku dah siap masak di rumah. Tapi apa yang aku masak aku tak pasti sebab dah lupa. Tapi for sure memng best punya sebab kalau aku jemput tetamu memang aku akan buat masakan yang special. Bila masuk waktu isyak aku, Mohamad dan Yahaya terus ke masjid. Aku sejak azali lagi memang selalu buat 8 rakaat sahaja Kadang kadang tu kalau rasa jaws skit baru buat 20 rakaat. Tapi pada waktu tu bulan exam, jadi buat amalan lah kadar aje. Lagi pun masa suntuk sangat untuk bersahur dan subuh. Tetapi Yahaya ni terus sahaja sembahyang tarawikh sampai 20 rakaat. Aku dengan Mohamad terkedu nengok kekuatan yang ada pada Yahaya. Kami sama sama ketawa sebab malu sangat dengan Yahaya yang baru sahaja memeluk Islam. Yahaya berithu pada kami, kami boleh balik dahulu dan dia akan susur kemudian.
.
Selepas peristiwa itu aku jarang jarang jumpa Yahaya kecuali di masjid Algate East setiap malam Jumaat. Selepas pulang ke tanah air, aku ada beberapa kali ke UK lagi sebab sambung belajar dan atas urusan kerja. Tetapi pabila aku ke Algate East Masjid aku tak lihat lagi brother Yahaya. Aku doakan agar dia akan di tetapkan iman dan menjadi seorang insan yang solleh dan di sayangi Allah selalu.
Comments