Hari Merdeka
Esok 31st Ogos adalah Hari Merdeka. Alhamdulillah kami di sini pun dapat cuti. Tapi tak adalah apa apa program yang nak di sambut. Aku macam biasa lepak bilik and buatlah kerja yang patut yang tak pernah habis habis lagi. Cuma adakah kita merceka seperti yang di takrifkan. Melihat kepada keadaan ekonmi dan politik Malaysia aku rasa sangat hampa. Kalau aku nak curahkan segala isi hati aku kat sini silap silap bolg aku kena ban pulak and pengunjung setia blog aku tak dapat lagi nikmati nukilan dan tulisan aku yang merapu kat sini. Aku akan terus sokong para pejuang yang berjuang dengan ikhlas tanpa ada niat yang tersirat di hati. Bukan untuk mendapat kuasa atu pangkat darjat. Tidak juga untuk merompak kekayaan negara untuk mengisi tembolok sendiri. Kepada pejuang2 yang ikhlas ini semoga beroleh kemenangan dan dapat melepaskan diri rakyat Malaysia dari belenggu maksiat, tipu, rasuah dan perkara perkara yang buruk dan dapat memberi rakyat Malaysia erti kemerdekaan yang sebenar.
Comments