Music???
Aku bukan nak cerita pasal bagaimana nak belajar alat alat music. Aku cuma nak cerita perihal pelajaran music yang termaktub dalam dasar pelajaran negara. Aku nak komen skit sebab aku rasa patut komen. Aku pun suka pada music, tapi kena pasti tak di lalai kan. Music adalah kreativiti. Bagi aku orang yang kreatif sahaja yang akhirnya bijak bermain alat music. Dan orang yang creatif adalah orang orang yang suka berfikir dan rajin. Susah nak jumpa orang orang creatif yang kurang berfikir. Orang yang kurang berfikir ni adalah orang orang yang malas.
.
Aku rasa pelajaran music telah lama di masukkan dalam korikulum negara dan dah berpuluh tahun. Tapi di manakah tahap pencapaiannya. Apa matlamat sebenar murid murid di paksa atau di ajak belajar music? Kalau tanya soalan tu pada aku, aku rasa matlamat memang tak tercapai langsung. Perlaksanaannya pula seperti melepas batuk di tangga. Kerja seperti seorang yang malas.
.
Anak anak aku yang bersekolah ada 7 orang. Empat di sekolah menengah, dua di sekolah rendah dan seorang tadika. Aku memang mengikuti perjalanan hidup dan education semua anak anak aku. Bila bercerita bab music aku pun jadi kabur apa yang di ajar di sekolah. Pertama sekali, bila buka sekolah saja anak anak aku minta belikan dekoder untuk belajar music. Aku beli. Tapi aku perhatikan sepanjang setahun seperti tak pakai pun dekoder tu. Finally benda alah ni tersorok di bawah katil. Adakah untuk mula belajar music kena pakai dekoder?? Tak ada alat music yang lain ke? Aku pernah semak buku music anak anak aku dan apa yang tercatit cuma lagu lagu sahaja. Tak belajar ke kod kod music? Apa yang aku dapati sepanjang 6 tahun anak anak aku bersekolah tak seorang pun pandai main alat music. So matlamat tak tercapai. Bila matlamat tak tercapai, bukan kah itu nama buang masa!!
.
Kita perlu orang yang creatif untuk mengajar muzic. Kalau di sekolah mesti lah guru. Adakah guru di bekalkan latihan dan kursus music secukupnya? Adakah guru yang mengajar music memang pandai bermain music. Pada pendapat aku kalau masih nak mengajar music sebagai satu subjek di sekolah, buatlah dengan serious. Belajar dari basic dari awal sehingga ke detail. Murid pun akan enjoy bila ada kesungguhan. Jadikan pelajaran music itu sebagai kegiatan kokorikulum jugak. Hire seorang musician untuk beri latihan yang kursus untuk murid murid yang berminat. Sekolah perlu di jadikan tempat atau data base untuk parents yang bersungguh untuk melatih anak mereka bermain music. Kalau tak serious eloklah scrap saja subjek tu. Dah jadi buang masa.
.
Anak sulung aku minat bermain gitar. Aku belikan dia gitar. Dia cuma belajar bermain gitar bersama kawan kawan di bawah pokok. Tiada kursus yang formal. Cuma belajar dari buku kod music yang di beli. Tapi aku beritahu anak aku, kalau dah minat masuk kelas saja. Biar proper. Sekarang anak aku dok bertungkus lumus untuk SPM. Jadi lepas SPM kalau dia masih berminat eloklah pergi kelas music ambil formally masa cuti 3 bulan.
Comments