Kini Baru Ku Lihat Dunia
.
Rina dan Megat sudah mencelikkan mata mereka setelah sepuluh hari berhijrah ke dunia dari perut Lia yang gelap gelita. Kak Long yang pertama membuka mata untuk belajar mengenali dunia. Adik adik yang lain ikut turut mengalami peristiwa yang sama kecuali Ginger masih menunggu masa untuk melihat dunia. Kalaulah mereka dapat berbicara kepada aku bagaimanakan pandangan dan pendapat mereka tentang gambaran dunia, pasti nya aku akan dapat gambaran dan pandangan yang berbeza. Dunia ini penuh cabaran untuk mempertahankan iman dan amalan soleh. Sebenarnya cabaran kamu dan aku di dunia ini adalah sama tapi nasib kamu lebih bahagia kerana tiada hisab yang menanti yang perlu kamu risaukan.....
Comments