Selamat Datang Ramadhan

Dua minggu lagi Ramadhan akan menjelma. Ramadhan bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan. Seperti tahun lepas, aku akan menyambut Ramadhan di sini. Tanpa keluarga tersayang. Tahun lepas kami berpuasa lewat satu hari dari Malaysia dan aku rasa negeri ini adalah negeri yang paling lewat menetapkan tarikh berpuasa. Untuk tahun ini entahlah bagaimana pula. Setiap kali Ramadahn tiba ada sahaja azam yang di buat seperti, nak tadarus satu Quran. Nak banyakkan sembahyang sunat tarawikh. Nak banyakkan sembahyang malam dan banyak lagi. Bila di amati rasanya banyak benda yang tak tercapai.
.
Bila Ramadahn bermula, aku usahakan untuk membaca satu juzuk Quran satu hari. Dengan semangat yang kuat dapat aku capai. Cuma apabila aku ada di sini tapi kekuatan itu hilang apabila aku pulang ke Malaysia. Susah benar untuk istiqamah. Pada kali ini aku akan cuba laksanakan. Tahun ini baru sekali katam quran, itu pun beberapa hari yang lalu. Sepatutnya tuntutan membaca alQuran paling kurang perlu katam dua kali dalam setahun. Azam tetap azam. Semoga Allah akan beri aku kekuatan untuk laksanakan apa yang aku idamkan.

Comments

Popular posts from this blog