Gula Oh Gula
Aku rasa pelik sungguh macam mana bekalan gula di Malaysia tak mencukupi. İni bukn kali pertama tapi sudah beberapa kali. Masalahnya sama sahaja. Bila ada berita tentang masalah gula terus bekalan tk mencukupi. Hello, orang di atas sana, tak bukan kerja ke atau dok relek goyang kaki. Aku dah naik muak dengan apa yang terjadi kat sana.
.
Wife aku kata sekarang kalau nak beli gula, kedai hanya menjual sekilo sahaja untuk seorang. Pada bulan puasa mcam ni mana lah cukup dengan satu kilo. Kalau macam tu kena beli gula tiap tiap hari tapi ada masa kah nak kerabat ke kedai tiap tiap hari semata mata nak beli gula. So aku kata kat wife aku, kalau nak ke kedai beli gula bawa semua anak anak sekali. Kalau bawa lima orang dapatlah 5 kilo. Kalau kedai yang allow 2 kilo seorang dapatlah 10 kilo. Jadi kenalah beli tiap tiap hari.
.
Pada bulan puasa memang banyak gula yang di pakai untuk masa. Apatah lagi menjelang hari raya. Keperluan gula semakin bertambah untuk menyediakan biskut, kek dan sebagainya. Kalau bekalan gula semakin teruk nampak gaya harga kueh, biskut dan kek akan naik secara mendadak sebab bekalan gula berkurangan. Paling kesian adalah kepada manusia yang punca pendapatan bergantung cuma pada hasil jualan kueh mueh dan seangkatan dengan nya.
.
Tadi aku call wife aku. Wife aku kata dia terpaksa bawa lima orang anak ana aku untuk membeli gula. Seorang demi seorang ke kaunter untuk membeli gula. Mula mula wife aku ke Maidin. kemudian ke bintang dan seterusnya ke Giant. Finally dapatlah dalam 14 kilo. So terpaksa program lagi bila nak ke kedai untuk tambah lagi bekalan gula. Macam nilah selalu bila tiba musim perayaan. Seperti tahun lepas rakyat berperang dengan harga ayam yang melambung tinggi. Sebab tu aku pelik hairan dan keliru apsal negara aku ni menjadi semakin pelik....... hairan bin ajaib.

Comments