Pagi lagi aku dah bangun untuk kesana. Mula mula kami melintasi Bosphoros dengan melalui Bosphoros Suspension Brıdge yang panjang tu. Suasana pemandangan memang cantik. Terutamanya pada deretan rumah banglo dan chalet yang bertaburan dıi sepanjang persisiran cliff. Kebanyakannya adalah milik orang orang yang hartawan. Kalau orang yang miskin macam aku ni jangan mimpi lah.
Perjalan untuk menuju je destinasi memakan masa selama dua jam setengah dengan menaiki kenderaan. Oleh kerana aku amat penat dan mengatuk, sedah beberapa kali aku terlelap di dalam kenderaan. Untuk seberang ke bahagian Asia kami menaiki feri yang memakan masa selama lebih kurang 20 minit untuk menyeberangi Laut Marmara. Dalam feri bila lepak lepak di luar memang best dengan tiupan angin yang memukul wajah handsome aku ni.
Sempat juga aku minum turkish tea kat sini. Turkish tea ni tak adalah special sangat pun. Rasa sama saja cuma cawan nya kecil sangat. Sekali teguk aje boleh habis. Tapi kalau panas panas macam mana nak sekali teguk. Orang sini aku rasa tk tau minum minuman lain selain dari chai.
Sambil aku minum teh aku pun ambil gmbar keluarga ni. Seronok aku melihat perangai anak anak mereka yang sopan. Hhmmmm apa lagi...aku pun terus terkenang semua keluarga aku.
Pemandangan Jetti di sebelah Asia. Sistem jeeti sini lebih kurang sama sahaja Macam nak ke Pulau Pinang. Aku pun dah lama tak naik feri bila nak ke Penang. Rasa dah terlampau lama tak naık. Nanti rasanya na bawa anak anak aku naik feri suğaya mereka pun dapat pengalaman macam aku.
Comments