Wedding Party
.
I was invited to a wedding party. Aku belum pernah lagi menghadiri kenduri kahwin orang sini. Jadi ini lah pertama kali nak pergi. Cuma nak lihat apa adt dan tatasusila mereka. Aku sudah di beritahu oleh rakan rakan yang lain tapi untuk kesempatan ini biarlah aku experience sendiri. Sebenarnya clerk kita orang yang jemput sebab yang nikah itu adalah adik dia dan kebetulan adik dia tu adalah ahli rumah biru. Secara tak langsung aku pun kenal la si Zaur ni. OK mari kita lihat bagaimana sambutan mereka ini.


İnilah pasangan pengantin tersebut. Sama padan dan sama cantik kan. Amboi macam bintang filem. No wonderlah ramai orang Malaysia tersangkut dengan orang local. Bukan tersangkut aje tapi kecundang pun ada. Kalau sesiapa yang berkenan dengan anak dara tempatan boleh lah minta tolong kat aku untuk aku pinangkan.
Inilah hidangan makanan. Aku nak makan pun tak berani. Cuma minım coke sikit dan buah buahan. Yang lain tu faham faham ajelah. Sedih dan kesian sebab kehidupan mereka masih memerlukan hidayat dan taufik yang berpanjangan dan buat selamanya. Rasanya keadaan seperti ini sudah sebati dengan jiwa raga mereka. Marilah kita sama sama doakan agar Allah kan cepatkan hıdayat dan pertunjuk pada masyarakat di sini dan umat seluruh alam. Bagi mereka nak minum tu sudah biasa macam minum mineral water tanpa segan silu.
Roti keras di ats pinggan tu adalh makanan wajip mereka macam kit wajip pada nasi. Nak nengok lama lama pun tak sampai hati takut ter........ Faham faham ajelah.
Terdapat live music. Mereka di sini sudah biasa adakan music dan tri menari. Mudah aje trian tu. Aku panggil tarian 'Terbang Helang'. Nak tau kenapa? Nak menari aje terus angkat dua belah tangan ke atas dan lenggokkan tangan seperti helang terbang. Lepas tu gerakkan kaki. Kalau nak daring lagi bolehlah buat 'gerudi Inul. Aku rasa kalau aku masuk menari buat ala ala gerudi Inul tau mahu terperanjat semua hadirin...hahahaha.

Sebelum balik sempat juaga aku bergambar dengan pengantin baru. Nak aje aku bawa lagu Anita Sarawak berjudul Selamat Pengantin Baru tu. Pernah aku buka lagu tu dalam kereta ada anak anak aku tegur kenapa buka lagu ni? Aku kata kat anak anak aku bukan apa, cuma nak refresh balik kenangan semasa baru nikah dulu. maklumlah dah lebih 17 tahun nikah. Aku cakap kat anak aku tak ada maksud selain nya aihhhh...... Zamri kalau baca ayat aku ni mesti tersenyum simpul...
Nak tau...inilah pekerja pekerj di pejabat kita. Tahulah bagaimana cabaran nya terutamanya pada musim panans sebegini. Kerja bagus dan lemah gemlai dan boleh membuatkan hati orang lelaki cair seperti mentega di masak. Baju merah tu adalah Rusdi. Masa nilah dia pun nak menyibuk menari. Buat kacau daun aje aku nak ambil gambar dia orang. Rusdi...ko tu belakang berani lah tapi bila di depan terus kau tersentot.

Amboi ni Jalal satu lagi kacau daun orang nak ambil. Masa nilah dia pun sibuk nak menari. Apasal ko nak pairing dengan orang tua tu. Awat depa semua dah tk berkenan kat hang ke? Jalal ni orang Johor yang Jawa masih ori. beginilah serba sedikit budaya mereka. Aku pun tak pasti kalau di jemput perlu hadir atau tidak. Tapi sampai bila kita perlu biarkan suasanan begini tanpa fikir agama dan akhirat. Sama sama lah fikirkan....

Comments

Popular posts from this blog