Hiburkan lah Hati Mu
.
Hiburkan lah hatimu
Buat penawar rindu
Ku berseru padamu kanda ku
Agar cepat bertemu
.
Kalau tak silap aku ıtulah bait bait lagu Sharifah Aini ang sangat popular suatu masa dulu. Aku suka lagu ni. Tapi sekarang dah kurang berkumandang di corong radio. Zaman semakin maju dan moden maka lagu baru yang di sajikan. Tapi kalau kesunyian bila dengar lagu ni...waduh....menyentuh jiwa. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasai lagu ni tpi nak cerita sedikit kehidupan di kem ni.
.
Sebenarnya kehidupan di sini tak ubah seperti tahanan İSA atau Penjara Sungai Buluh. Cuma sini tak di kawal oleh warden dan bebas. Kalau nak lebih tepat lagi bolehlah kata kehidupan seperti burung. Cukup masa masuk sarang. Tapi burung pun masih juga dapat bersama dengan anak anak. Jadi ibarat burung ni tak tepat.....aku rasa tahanan ISA lagi tepat. Setuju ke???
.
Duduk di kem kena pandai pandailah hiburkan hati. Pandai pandailah manafaatkan masa dengan sebaiknya. Kalau tidak boleh jadi biol. Kalau dah biol macam macam boleh jadi. Tadi masa meeting aku remind semua warga kem supaya pandai bergaul dan jangan mengasingkan diri. Kalau tidak orang tak perasan kehadiran kita. Kalau mati kering keras dalam bilik nanti orang tak perasan. Orang yang suka hıdup sendirian ni orang susah nak kenal dan angkat pot.
Macam aku, 6.30 petang adalah masa aku untuk main table tennis. Nak segarkan badan dan kepala hotak yang berdengung dengan kerja. Lepas sembahyang maghrib aku ajak pokku minum kopi. Lepas tu aku akan habiskan masa aku dlm bilik either buat hobi aku, blogging, menonton DVD atau membaca. Sekarang tambah satu lagi iaitu belajar bahasa Russia. Harap harap belajar Russia ni bukan warm warm chicken drop.
Salah satu bebudak dlm gambar ni nak habiskan masa adalah dengan main futsal. Tak pandai main tak kisah. Gasak aje. Macam Guava dan Kamarul dulu tendang bola pun tak kena. Sebab tak pernah main bola. Tapi sekarang dah pandai. Walau saiz badan depa kecil tapi kalau tendang bola tetap perlahan. Hehehehe......... So bila dah main hilang lah seketika kerinduan pada makwe, isteri dan anak anak.
Para isteri dan anak anak kena faham. Daddy mai sini sebab nak cari duit untuk masa depan keluarga. Bukan suka suka saja datang nak makan angin atau ada makwe cantik macam Najima tu.....Issshhhhh...jangan tuduh tuduh. Kalau tanya depa tu boleh nangis kalau cite rindu rinduan. Kalau yang bujang tu lain skit. Silap haribulan makwe di Mesia dah tak ingat dah sebab dah nampak makwe yang gebu gebu di sini. Cuba imagine....... katakan si Fared tu bujang dah umur 30... belum tentu dia kan nikah dalam waktu terdekat ni. Mestilah dia akan berkahwin selepas selesai projek. Projek bila nak siap entah lah. Schedule pun tak memberansangkan. So kemungkinan besar dia akan nıkah pada umur 34 tahun. Orang kata dah bujang terlajak atau bujang tua bangka...hehehehe. So sesiapa makwe dia ke yang baca blog ni bersabar lah. Kalau tak sabo cari aje yang lain. Tapi jangn tuduh tuduh tau. Depa baik baik.
.
Ada juga yang isteri di Mesia dok pegnen tunggu masa nak bersalin. So kita semua doa agar semuanya selamat. Sedih la kalau isteri bersalin tanpa suami di sisi. Masa isteri aku bersalin semua lapan anak anak aku...aku setia tan tat tunggu di sisi.
İni juara table tennis wilayah jinjang. Kalau dia cakap memang non stop. Macam Looi kalau sedih dan gundah gelana dia main table tennis. Rindu punya pasal smash pun tak pernah lepas sebab geram berpindah pada bola. Jadi dia dapat dua geram. Geram rindu dan geram bola.
.
Jadi inilah serba sedikit reality hidup di camp. Tu la orang orang tua cakap walau hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri....biarlah hujan batu tu. Tapi zaman sekarang dok tunggu bila lah hujan emas nak turun ke negeri orang sebab hujan yang turun di negeri sendiri bukan lagi batu tapi dah jadi hujan darah...hhhhmmmm

Comments

Popular posts from this blog