What A Wonderful Garden

Selepas selesai meeting pada pagi tu aku di jemput untuk lunch. Aku tak tahu tempat mana akan di bawa dan aku tak kisah sangat. Mana mana pun boleh. Bagi aku soal makan aku tak cerewet. Apa apa boleh asalkan halal.


Rupanya aku di bawa ke sebuah restoran di atas bukit yang di hiasi oleh taman dengan bunga bunga yang berwarna warni. Wow...memang aku terpegun dan rasa terpesona dengan keindahan bunga dan landscape garden tersebut. Sungguh romantik untuk bersantai sambil menghırup udara yang nyaman dan di iringi dengan kicauan burung. Beginilah suasana musim panas di kebanyakan negara eropah.


Seketika aku merenung sejenak, indahnya kalau masa dapat di putarkan balik untuk meraikan suasan yang gemilang buat seketika. Ingın rasanya hati untuk meraikan kembali perkahwinan aku dalam suasana taman yang mendamaikan. Seperti suasana Snow White bertemu dengan putera raja dan di raikan ileh manusia manusia kerdil dengan riang sekali.


Aku kurang pasti apakah jenis taburan taburan bunga tersebut. Rasanya seperti pertunia dan bergonia. Tak ketinggalan himpunan bunga bunga hydrengia yang berwarna ungu muda menambah seri taman yang sememangnya syahdu.
Ramai yang datang dengan keluarga dan pasangan masing masing untuk menenangkan fikiran dan berbual kosong sambil menikmati turkish tea. Tak keberatan kalau aku katakan angin sepoi bahasa yang berpuput lembut bisa membuatkan diri ini longlai di ulit mimpi di siang hari.

Ewah....saja aje nak berbahasa berbunga bunga. Kadang rasa nak feeling feeling jugak. Maklumlah dah lama tak feeling feeling. Tapi yang aku hairan tu apsal tak pernah nak jumpa garden garden yang cantik macam ni. di tanah kelahiran aku. Adakah kita kurang kreatif atau garden seperti ini tak sesuai di tempat kita. Tapi aku rasa konsep macam ni boleh saja kita buat kalau pihak berwajip perihatin dengan keperluan sebegini di sediakan untuk melepaskan tension.




Inilah dia bunga hydreangia atu orang kampung kita kata bunga satu bulan sebab dia tahan selama sebulan. Di tempat kita bunganya tak sebesar ını. Yang ada warna bıru atau seakan merah dan memang ramah berbunga. Nak tanam tak susah. Potong batang dan tanam di tanah maka tumbuhlah dia dengan subur. Tapi jangan lupalah untuk letk baja dua minggu sekali. Jangan nak bunga aje tapi kedekut untuk membaja. Last last rumput yang penuh dari pokok. Tapi kalau beli yang datang dari Cameron Highland, memang nasib baik kalau dia nak berbung. Selalunya daun sahaja yang lebat.

Comments

Popular posts from this blog