A Trip to Balkanabat
.
Dah lama duduk Kiyanly. Hujung minggu cuma pergi ke Turmenbashi Bazar. Rasa dah cemuih nak pegi. Sudah tiga minggu aku tak keluar ke town. Kalau nak barang cuma pesan aje pada sesapa yang nak ke bazar atau aku beli pada waktu selepas sembahyang Jumaat.
.
So aku pun buat program untuk ke Balkanabat. Aku nak pegi jalan ke rumah Emin and at the same time nengoklah apa yang patut. Emin kata Balkanabat lebih besar dari Turkmenbashi dan barang lebih murah. Aku tak interested ank shopping tapi sesaja nak jalan jalan. Saja nak nengok tempat lain pulak.
.
Aku verbally bagitau Emin nak datang today tapi aku tak confirm. So aku ajak Pokku dan Haji ikut sekali. Since ada dua lagi tempat kosong aku ajal Guava dan Kamarul ikut sekali. Rupanya Malik pun nak ikut jugak. OKlah since ada tiga orang yang kecil so tempat duduk Fortuner boleh lah adjust.
.
Kami breakfast awal lagi iaitu 6.30 pagi. Matahari dah mula meninggi. Jangka pukul 7.00 tepat nak bertolak. Dan 7.15 tak bertolak lagi sebab Pokku tak habis lagi dok make up pakai bedak sejuk. Lepas tu baru nampak kelibat pokku jalan macam itik gembo gembo. Semua dah ready kami pun bertolak. Agak beberapa minit dalam perjalanan aku pun terlelap sebab bangun awal. Nak sampai lagi 2 jam. Buku Russian yang aku bawa pun tak sempat nak baca dan belajar.
Ini adalah sebuah masjid di bandar kecil sebelum sampai ke Bakanabat. Cuaca sangat panas dan aku rasa mahu mencecah ke 35 degree.
Sampai saja ke Bakanabat aku suruh driver ke Bazar. Aku call Emin. Nada dering ada tapi tak jawap. Aku dah agak mungkin dia tidur seba dia cuti sebulan. Aku call lagi beberapa kali tapi hampa. Hhhmmm....mana nak pegi ni. Aku call lagi dan suruh Murat driver aku jawap. Baru Emin jawap sebab baru bangun tidur. Agak 20 minit baru dia datang bertemu kai dan terus ke rumah dia.
.
Emin kata Bukit yang besar di belakang Russian church tu adalah gunung Balkan. Jadi aku rasa nama Bakanabat ni di ambil dari nama bukit tersebut.
Dalam perjalanan terdapat kuda kuda liar yang berkeliaran. Aku rasa baka kuda kuda ni yang dulunya President Turkmenistan hadiah pada Chedet. Itu orang cerita.......mungkin asbab hubungan tu yang Petronas dapat masuk kesini.
Begini lah keadaan perkampungan batu. banyak rumah rumah baru di bina .
Comments