Yoko, Another Member In Our Family

Hari ni pukul 8.45 kami sudah bertolak ke town. Kalau di kira aku dah 4 minggu tak ke Turkmenbashi town. Satu jangka masa yang agak lama. Nak kata malas tak juga tapi aku rasa banyak program aku di bilik yang perlu dibereskan.
.
Pertamanya aku dan haji ke salon rambut. Aku lepas kan saje Rizal, Kamarul dan Pak Amir ke bazar dahulu. Rambut bukanlah panjang sangat tapi bila cuaca panas begini di tambah pula dengan tiupan angin yang membawa bersama debu pasir halus rambut aku jadi kasar. Udahlah rambut pun dah semakin mengecil. So aku buat keputusan untuk potong rambut. Siap potong aku ke Bazar untuk cari keperluan.
.
Sampaisaja aku negok Kamarul dan Rizal beli setokin tempatan. Maklumlah dah nak balik Malaysia dua minggu lagi. pak Amir pul beli tanduk ntic. Lepas itu kami ke tempat jual karpet sebab Pak Amir nak beli. Kami kehulu ke hilir untuk cari yang berkenan di hati Pak Amir. Cerewet juga mat indon ni. Cuaca semakin panas. Rasa nak cepat cepat aje aku belah.
.
Dalam perjlanan balik aku pun terserempak dengan Tuah dan Ali. Sebelah mereka ada seorang wanita Russian yang sedang mendokong anak kucing. Aku terus tanya mahu jual ke dan berp harga? Aku belek lagi kucing itu rupanya kucing itu adalah kucing parsi yang hidung penyet. Kalau di Malaysia mahu harga dalam seriu lebih. So aku tanya lagi berapa harga. Wanita itu menjawap 350 manat. Aku kurang pasti dan kurang percaya harga itu seperti tak masuk akal. Aku tanya lagi untuk pastikan dan dia terus tulis untuk aku dan beritahu 350 manat. So aku acah aje dan tawar 300 manat. Terus dia terima offer aku. Hehehehe...tak sangka aku nak beli kucing lagi..... nanti Pokku komplen kat aku. Dua ekor kat bilik Bobo dan Roma pun dah banyak ni nak tambah lagi. Alah apa kisah...lagi ramai lagi best kan...
.
Sampai bilik rupanya Roma dan Bobo tak dapat terima ahli baru. Mereka marah. Puas aku pujuk tak juga berhasil. Anak kucing tu cuba merapati mereka tapi tetap di usir. Aku rasa mereka bertua mogok lapar hari ini sebab protes aku bawa adik baru. Hehehehhe......... Alah nanti okla tu... Kejap aje.... Yang best nye kucing tu adalah betina. Nanti bolehlah di tunangkn dengan salah satu dari mereka.
.
Aku dok pikir apakah nama yang sesuai untuk di beri pada anak kucing ni. Fikir punya fikir aku rasa elok aku kasi aje nama dia YOKO. Ala ala Japanese skit.

Comments

zura aini said…
pak abu,
banyak betul kucing persian kat sana ekk, tadi tengok kat kedai haiwan, macam tu sekor RM 1000. perghhhh, boleh isi minyak kereta 4 bulan tu. Lagi penyek hidung lagi mahal. Bawa le balik semua tu, lelong.
Abu Ikhlas said…
zany,
nasib aje dapat yg cantik...ada gak persian yg berkeliaran di bazar. Minggu depan nengok kot ada lagi...kalau masıh murah boleh beli lagi....hehehe. Nak bawa balik kalau senang oklah. kalau susah dok sını aje lah...kena tukar tuan la

Popular posts from this blog