Beli Sejadah
Semalam Pokku tanya aku apa hadiah patut dia beli untuk kawan dia. Aku jawap belilah topi. Dia kata, kawan dia ni jenis 'lebai' mana boleh beli topi rugged rugged cam topi aku beli tu. Aku kata kalau macam tu elok beli saja kopiah yang di sulan tangan tu. Cantik dan quality. Tempat lain mana ada. Cuma ada di sini aje. Dia jawap balik takut tak muat kepala. Ya tak ya jugak. Sebab da orang kepala besar dan ada orang kepala kecil. Then aku proposed beli aje sejadah turkmen yang macm kapet tu. Dia pun setuju.
.
Pagi tadi kat bzar kami rewang kawasan kapet tu. Ada kapet besar tu aku cuba lah tanya, harganya USD700. Kira murah la tu. Cuma nak dapat certificate lain pulak ceritanya. Kami jalan lagi dan nampak beranika jenis kapet saiz sejadah. Kami terus tanya, tuan tu kata USD35 sekeping. Oleh kerana nak beli dua helai dapat lah harga dalam USD60 untuk dua helai. Aku tak beli la sebab nak bawa balik leceh. kalau nak beli pun bila dah dekat nak demob.
Comments