Selamat Hari Raya Qurban Untuk Seluruh Umat Islam


Hari ini 7hb bulan Dec bersamaan 9hb Zulhijjah adalah hari kemuncak haji dan hari ini adalah hari wukuf di Padang Arafah. Jadi esoknya adalah Hari Raya Qurban atau pun Hari Raya Haji. Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban pada seluruh umat İslam seluruh dunia tanpa mengira bangsa, adat, warna dan sebagainya. Di sisi Allah kita semua adalah sama.
.
Aku tak balik. Aku dah ucapkan pada keluarga aku dan sambutlah dengan penuh taqwa dan keinsafan supaya kita sama sama dapat hayati apa erti hari mulia itu. Disini akan di sambut pada hari selasa iaitu 9hb December. Aku pun jadi pelik. Nak buat cam mana ikut aje lah. Jadi pada hari tersebut kami akan beramai-ramai ke bandar untuk menunaikan sembahyang raya dan ibadat korban. Sembahyang raya akan di adakan pada pukul 9.30 pagi. İni adalah kal pertama aku nak beraya di sini dan sama sama lah kita nengok bagaimana masyarakat tempatan akan menyambutnya.

Comments

Popular posts from this blog