Lia - Before And After
.
Aku dah nak balik Malaysia. Tapi Lia masih lagi aku dak silek cantik cantik untuk di tinggalkan pada member aku, Pokku. Badan perlu di Spa dan sauna moga moga sentiasa harum semerbak dan taklah tengik bila Pokku nak cium. Bila dah wangi tentu Pokku nak dukung dan kendung. So sebelum balik tu aku ensure that aku akan siap kan dia cantik cantik. Cuba lah lihat wajah dia sebelum dan selepas. Mesti korang terkejut punya.
Inilah wajah 'Zombie" Lia sebelum aku gromm cantik cantik. Ada orang kata macam goblin pun ada. Masa di mandikan dia sepoting aje. Aku siap bawa shampoo kutu dari Malaysia yang aku bawa dulu. Since masa tu winter dan sejuk nak mampus, aku make sure that aku panaskan bilik aku macam tropikal paradise, lepas tu baru aku sedia kan spa dan sauna dia. Apa korang ingat korang aje leh sauna dan spa. Kucing pun nak di belai macam tu jugak tau.Wah cuba korang nengok wajah Lia selepas di solek. Memang cun dan gebu. Kalah mak datin dan artis yang cucuk sana cucuk sini. Sori lah gambar kelabu skit sebab dia asyik nak turun aje. So nak ambil gambar pun kelam kabut. Pagi tu aku nak balik dia asyik ajak aku main aje. Macam dah tau aku nak balik Malaysia. Tapi aku dah sampaikan amanat pada Pokku apa yang perlu di buat untuk Lia ni. Amanat penting adalah jangan biarkan Lia bersendirian dengan Bobo dan Romario.....habis nanti di kerjakan mereka.......weiiii...Lia masih nak menjaga bodynye dan belum sedia untuk membunting...tolong ya pakkkk....

Comments

Popular posts from this blog