Ibadat Korban
.
Selesai sembahyang raya kami semua bergegas ke tempat sembelihan untuk melaksanakan ibadah korban. Aku cuma buat satu bahagian di sini sebab aku sudah suruh emak aku ruskan ibadah korban di kambung bersama aqeqah anak aku Yusuff. Sebanyak 4 ekor lembu dan 7 ekor kambing telah di kumpul untuk di korbankan oleh kami semua. Bagi mereka mereka yang berkemampuan eloklah jadi kan ibadah korban ini setiap tahun.
.
Aku hanya jadi sebgai pemerhati sahaja. Fadzil adalah orang yang akan melakukan sembelihan dan Tuan Haji Daud (Jawastan) akan menjadi pengelola atau molvi untuk melksanakan ibadah ini. Sebelum melaksanakan ibadah korban kami berkumpul beramai ramai untuk berdoa dan di beri penerangan bagi setiap bahagian yang akan di korbankan. Cuaca hari ini pula memang dingin sekali. Terasa sampai ke sum sum tulang.


Tuan Haji Daud sedang kusyuk berdoa sebelum memulakan ibadah korban. Sepatutnya pada setiap hari raya korban hati menjadi lembut untuk menghayati pengorbanan para nabi, rasul dan anbiak membangunkan agama, tapi mengapakah hati ini terasa keras untuk menangis. Betul ke apabila dunia sudah penuh dalam hati, hati ini menjadi keras dan taqwa pada Allah akan luntur??.... Betul la tu....

Che Fadzil kita ni anak imam. So dia lah orang yang paling layak di kalangan kami untuk menjalankan penyembelihan. Bukan senang nak sembelih lembu yang sebesar Bob ( Sori lah pakai perumpamaan ini...maaf zahir batin.) Ali yang terlindung sedikit tu pun hampir tercampak ke parit apabila lembu itu menggelupur. Ali... ko kena pegang kuat lagi macam incredible hulk bukan pegang manja cam...... hehehe sendiri faham la no.

Darah mercik habis seluar tu. Tak apa esok hantar laundray klu tak cuci gak ko komlen kat Kamal. Suruh sental lagi sampai bersih. Kalau tak bersih gak ko bagi aje kat Kamal tu untuk buat lap kain buruk lap pinggan. Tak pa esok cari suar lain. Cuti 4 hari beb....

Wah selesai sudah sembelih tu... Weh Fadzil nampak ko jalan cam pembunuh upahan saje cam gaya the Rock jalan...kelas wa kata lu....
Bab lapah, potong dan bahagikan daging korban ni kami serahkan pada local sebab mereka lebih arif. Sempat lagi ber hand phone no.....mak we call ke?? Lembu sini memng nampak mascular and montok.

Comments

Popular posts from this blog