Bukit Merah Lake Town Resort
.
Aku sampai Malaysia pada hari Jumaat. Masa tu dah pukul 2.15 ptg. Wife aku dah setia menunggu dengan baby kesayangan aku Yusuff. Memang Jumaat kantoi la kan. So aku drive kereta untuk pulang ke rumah and selepas selesai solat di highway, kami terus balik kerumah. Sampai rumah dah dekat 4.30 petang. Yelah tunggu beg saja dah lama sebab masatu memang banyak flight yang landing.
.
Seperti yang aku janji pada anak anak aku, on the way balik kampung kita singgah di Bukit Merah Lake Town Resort. Lepas mandi manda baru kita menuju kerumah Tok. Cuaca agak mendung and hari nak hujan. Sepanjang perjalanan memang slow sangat terutama sepanjang negeri Perak. Aku pun hairan apasal jam dan kenderaan slow sangat. Fikir punya fikir rupanya hari Isnin public holiday sebab Awal Muharram.
.
Masuk dalam taman air pun ramai orang. Rupanya ada beberapa company buat hari keluarga. Pada mulanya aku berkira kira untuk tukar rancangan sebab hari nak hujan dan ramai orang. Tapi aku rasa elok stick to the plan. Huajn pun dah turun sebaik saja kami masuk ke dalam. Agak lebat juga. So aku kata kat anak anak aku kita ada lebih kurang 4 jam untuk bersantai. Aku biarkan anak anak aku mandi sepuasnya sehingga pukul 6.00.
.
Lepas mandi tu rupa rupa nya baru tersedar yang semua tuala tertinggal dalam kereta. Nak pegi ambil malas sangat so pandai pandailah nak salin pakaian nanti. Kat sini aku sertakan beberapa keping gambar kenangan kami di sana. Ingat nak ke Penang on the way to Gurun. Rupa rupanya Mak Long pergi KL satu keluarga. So terus ke Gurun ajelah. Insyaallah nak ke Batu Feringgi esoknya tetapi aku penat sangat terpaksa kensel saja. Tapi on the way balik ke KL sempat juga singgah ke Penang pekena nasi kandar telur sotong dan ikan dan beli beberapa computer game dan DVD movie.






Comments

Popular posts from this blog