First Day School
.
Hari ni aku bangun awal terus mandi. Pukul 8.00 pagi aku harus hantar Ikhlas ke sekolah untuk ujian Diagnostik. Iaitu ujian untuk menyusun kelas bagi memudahkan guru untuk mengajar sebab ada murid yang sudah pandai menulis, membaca dan mengira dan ada juga murid yang masih lagi merangkak rangkak untuk menguasainya. Untuk anak aku Ikhlas, nak kata bijak sangat, tak juga taoi he is just ok. Aku kejutkan Ikhlas bangun mandi. Lepas tu my wife siapkan sarapan dan pakaiannya dan about pukul 7.45 pagi kami dah bersiap sedia untuk ke sekolah. Ikhlas adalah anak aku yang ke 6 yang berdaftar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya. Jadi, boleh kata cikgu di sekolah tersebut sangat kenal dengan aku. Kalau anak aku keluar sekolah pasti ada yang akan masuk semula ke sekolah ni macam pasing baton lari berganti ganti. Ok jom kita nengok apa yang berlaku.
Comments