On The Way Home
.
Seronok sangat time balik ke kampung halaman. Rasa macam keluarga dok melambai lambai dan berkata "Cepat...cepat..". Masa dah berlepas aje dari sini lega rasa fikiran. Pening pasai kerja semua hilang. Rasa seperti rantai di badan sudah berderai aku musnahkan...hehehe macam incredible hulk pulak. Mujur lah tak terkoyak baju dan seluar. Anyway dalam dok boring boring dalam flight, maklumlah business class pun tak ada entertainment lain, aku pun pandang kebawah dan terus aku ambil gambar. Masa tu aku sudah berada di kawasan banjaran pergunungan antara Iran dan Turkmenistan.
Lihat lah banjaran gunung yang togel ni. Terdapat jaluran putih salji dan tiada langsung tumbuhan yang melata di atas banjaran ini. Tapi masih lagi ada tempat atau kediaman yang di huni oleh manusia.
Ada seorang ustaz bagi tau aku bahawa kawasan inilah terperangkapnya Yajuj dan Majuj. Kalau lihat di kawasan sekitar nampak bagai ada kebenarannya.
Ada seorang ustaz bagi tau aku bahawa kawasan inilah terperangkapnya Yajuj dan Majuj. Kalau lihat di kawasan sekitar nampak bagai ada kebenarannya.
Perjalanan yang memakan masa selama 6 jam sahaja ni terasa sangat singkat bila aku asyik habiskan masa dengan membaca novel Salem Fall oleh Jodi Picolt.
Comments