Qurban Byram
Hari ini Qurban Byram di sini. Di Malaysia sambutannya adalah semalam. Entah bagaimana di lewatkan aku pun kurang mengerti. pagi lagi aku dah bangun untuk breakfast. Chef dia siap masak lontong, nasi goreng, rendang dan makanan western yang biasa. Aku mkan macam biasa saja dan tak lah banyak sebab niat di hati nak beraya sakan kat bandar. Lepas makan aku ke surau untuk solat subuh. Sekarang subuh masuk pukul 7.00 pagi.
.
Lepas tu aku siap untuk ke Masjid di bandar untuk menunaikan sembahyang raya. Agak pukul 8.30 kami beramai ramai bertolak ke bandar. Sampai di masjid nampak ramai orang dah penuhi masjid. Aku pun cuba lah mencelah mana boleh. Masa tu imam sedang memberi kutbah sebelum sembahyang. Di sini Raya Kurban atau Qurban Byram lebih besar dari Raya Puasa. Cuti selama tiga hari. Macam biasa aku dapat agak yang iman bercerita tentang kurban terutamanya kisah nabi Ibrahim menyebelih anaknya Ismail.
.
Agak 20 minit berlalu maka sembahyang raya pun bermula. Walau nampak masjid penuh sesak tapi rasanya masih lagi muat dengan jemaah. Cuaca di luar pula amat dingin. Selesai sembahyang, kutbah agak pendek dan kami bersalaman selepas selesai solat. Kemudian bermula lah aktiviti gambar bergambar oleh orang orang Malaysia. Aku tak adalah ambil banyak gambar, cuma tertentu sahaja.

Aku ajak tuan haji daud untuk bergambar dengan aku. Sekarang dah panggil dia 'Jawastan'. Kalau nampak dari jauh macam panglima local sini. Cuma kulit Tuan Haji sawo matang, klu cerah putih pastinya dah layak jadi molvi atau imam di masjid ini. Tapi kalau nak dapat kulit yang cerah dan putih juga kena lah tanya Micheal Jackson sebab dia lebih arif dalam memputihkan kulit. Atau boleh pakai lotion fair and lovely macam Rajnikan pakai dalam cite Sivaji The Boss. Lawak aje Tuan haji......maaf no hari raya niii....
Comments