Rumah Ku Syurga Ku???

Hari ini bila aku buka Yahoo News. terpapar beberapa buah rumah yang termahal di US. Salah satu rumah adalah seperti yang terpapar di dalam gambar di atas. Hhhhmmm...cantik dan menarik sekali. kalau aku jutawan atau hartawan mahu juga aku miliki rumah yang sebesar itu. Halaman yang luas, di hiasi dengan berbagai bagai pohon. Rumah yang mempunyai bilik yang banyak, sememangnya sesuai untuk orang yang mempunyai keluarga yang besar macam aku. Tiap tiap ahli keluarga akan memiliki bilik peribadi sendiri.
.
Untuk memiliki rumah sebegini indah dan cantik memang lah mustahil untuk aku miliki. Sampai mati pun aku rasa tak dapat nak kumpul jutaan ringgit untuk memiliki rumah sebegini. Melainkan ada insan yang sayang pada aku yang ingin memberi wasiat harta pusaka karun dia kepada aku. Kalau nak cari wang dengan titik peluh aku sendiri memang aku boleh menjadi Mat Jenin yang selalu mimpi di siang hari hatta sambil panjat pokok kelapa pun boleh bermimpi.
.
Itu baru nilai rumah dan belum di ambil kira hal hal penyelenggaraan. Garderner kurang kurang kena ada lebih dari sepuluh orang. Silap hari bulan mahu pakai term kontractor. Orang gaji pulak mestilah ramai untuk uruskan rumah tersebut. Kalaulah isteri aku seorang nak uruskan rumah sebesar ini, badan boleh jadi seperti lidi. Last sekali kepala kebawah kaki ke atas, dah tak terurus. Lepas tu kalau nak cari anak anak aku jenuh mencari. Nak panggil pun kena pakai PA system. Nak nengok muka anak anak sebulan sekali pun susah. Finally kemesraan pun hilang.
.
Tapi nikmat di dunia hanya sementara. Semuanya tak kekal dan kita akan tinggalkan rumah besar ini apa bila nafas berhenti dan rumah yang besar itu akan bertukar milik. Menjadi hak orang lain. Jerih perih, susah payah, korban untuk mengumpul harta seperti sudah tak bermakna lagi. Bila di fikirkan semua tu aku bersyukur dengan rumah yang aku miliki sekarang, yang membahagiakan diri aku dan keluarga. Walaupun kecil tapi kami riang, mesra dan seronok untuk mendiaminya. kami semua selalu merindui untuk berkumpul bersama sama sambil bercerita, berjenaka dan beristirehat walaupun terpaksa berkongsi sesama kami anak beranak.
.
Di sebutkan di dalam hadith, Allah akan ganjarkan syurga yang lapang dan subur pada hamba hambanya. Maka setiap zikir yang di sebut itu akan menumbuhkan sepohon pokok yang besar sehingga memaksa seekor kuda yang pantas berlari mengambil masa seratus/seribu tahun untuk mengelilingi lilitan pohon tersebut. Itu baru satu subhanallah. Apatah lagi kalau berzikir dengan menyebut kalimat kalimat allah pada setiap masa dan ketika. Pastinya syurga kita akan menjadi taman taman yang indah seluas mata memadang. İtu baru taman taman syurga dan belum lagi mahligai yang Allah bina dari emas, perak dan segala butiran permata. Ini adalah janji janji Allah yang pasti dan jelas. Seorang yang mendapat ganjaran syurga yang paling kecil pun, syurganya adalah sepuluh kali lebih besar dari dunia ini.
.
Hidup di dunia adalah sementara. Kehidupan akhirat adalah kekal abadi. Tapi mengapa aku masih memiliki cinta dunia yang masih menebal???? Percaya dan yakinlah....orang yang arif lagi pintar adalah manusia yang selalu ingat akan mati dan cinta pada kehidupan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog