Dont Disturb - Man At Work


Macam biasa, bila aku menulis dalam blog aku, aku tak akan sentuh, cerita atau merungut langsung pasal kerja aku. Bagi aku blog ni biarlah bebas dari serabut kerja aku seharian. Sudahlah di ofis dah banyak cerita pasal gosip kerja tak kan bila lepas ofis hours nak cerita pasal kerja jugak kan. So aku dah decide after ofis hours adalah masa aku sendiri untuk aku nikmati nikmatnya hidup ini kalau terpisah dari segala tekanan.
.
Sekarang aku nak berceloteh apa yang aku buat bila aku tinggal di dalam gua (bilik) aku ni. (Pinjam kejap istilah 'Gua' yang di popularkan oleh isteri member baik aku tuh; kalau member aku tu baca mesti dia ketawa berdekah dekah). Nak tau pa aku buat dalam gua aku?

1. My passion for stitching - Benda ni dah lama aku buat sejak aku nikah dengan wife aku. Sejarah panjang. Masa tu aku siap beli mesin jahit semata mata untuk menjahit bantal dan sarung untuk kelahiran anak aku yang pertama, Ubai di England. Mesin jahit Brother aku tu pun dah tersadai rosak dah lama. Ye lah dah 17 tahun usia dia. Oleh kerana aku tak jenis suka buang masa kat rumah so aku start buat stitching yang lain tanpa going to any specific classes. Kita otak kreatif la konon.

2. Aku minat pada buku. Tak kiralah buku apa pun asalkan buku aku akan beli dan baca kemudian. Tapi aku suka baca novel tak kiralah author tu famous ke tidak dan dah hampir ratusan buku aku baca. Sekarang aku tambah lagi koleksi aku untuk baca buku non fiction. Kalau buku landscaping, interior and architecture memang dah banyak and aku tak akan beli lagi sebab aku rasa buat masa ini ku tak perlu lagi buku buku sebegitu. Tapi aku akan beralih arah untuk membaca buku buku ilmiah yang lain.

3. Kadang boring tu aku nonton DVD movie. Ni satu lagi collection peribadi aku. Original???.......Hhmmmm.....hehehehe..... Banyak collection aku kat rumah yang masih tak nengok so aku bawa ke sini sajalah untuk habiskan semua movie tu. Lega rasa bila dah habis nonton. Kadang DVD ni kena screen gak sebab banyak aksi -aksi tak sepatut di tonton bercambah. May Allah forgive me.

4. Mentelaah buku creative writing aku tuh. Aku ada 5 buah semuanya dan yang baru baca tu masih terkial kial nak habiskan. Tak apa kena baca slowly dan mudah faham. Hasrat untuk jadi fiction writer masih menebal dalam sanubari ni. Kadang terfikir juga adakah aku berangan??? Ya...memang aku berangan...pernah aku berangan aku dah jadi penulis yang terkenal duduk kat counter aku kat KLCC lobby tu dan berpusu pusu peminat aku berbaris untuk membeli dan mendapat tanda tangan...perghhh......hebat tuh... Korang semua doalah kat aku.

5. Menghafal vocabulary sebanyak mungkin. Kadang bagai nak pecah kepala nak ingat. Hari ini ingat tapi esok tu lupa pulak. Kadang sekali hafal aje dah melekat. Aku rasa depan on mood jugak tapi walaubagaimana pun aku rasa vocab aku dah improve banyak. Kalau nak guna dlm perbualan takut orang tak faham pulak. Last last aku kena explain dua tiga kali.

6. Bila dok lama lama dalam gua perut pun boleh lapar. Jadi banyakah makanan aku dalam bilik. Kebanyakan yang segeralah. Sekali sekala masak mushroom soup. Nak sedapa lagi aku beli fresh mushroom yang murah kat bazar and terjun aje dalam rice cooker aku.

7 Finally main dengan kucing kucing aku sebanyak 4 ekor tu. Kadang depa dah nakal terbalik kan itu ini mulalah aku berleter sakan.

Itulah benda benda yang aku buat dalam 'Gua' aku ni. Memang padat dan tk ada rung yang terbuang.

Comments

Popular posts from this blog